Akses keretapi di Terminal Bas Pulau Sebang tahun depan

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

PULAU SEBANG 29 Dis. – Terminal Bas Pulau Sebang yang dilengkapi perkhidmatan kereta api pertama di negeri ini dijangka beroperasi menjelang pertengahan tahun hadapan sekaligus mewujudkan sistem pengangkutan berpusat di daerah itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar, Datuk Seri Ghafaar Atan berkata, bangunan yang hampir 70 peratus siap itu mampu memberi mercu baharu yang menghubungkan laluan keretapi ke Kuala Lumpur serta pelbagai lokasi lain.

“Pembinaan terminal berpusat ini mampu merancakkan pembangunan kemudahan awam dalam kawasan Pulau Sebang- Tampin kerana ia kebiasaannya menghadapi kesesakan pada waktu puncak terutama pada musim perayaan.

“Terminal berkeluasan kira kira 0.6 hektar ini turut mampu memuatkan 14 buah bas henti-henti termasuk perkhidmatan bas ekspress dan teksi dalam kawasan itu,”katanya.

Beliau berkata demikian pada lawatannya ke Terminal Bas Pulau Sebang, di sini pagi tadi. Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah, Mohd Fadhil Hassan.

Mengulas lanjut Ghafaar berkata, bangunan terminal yang dibina dengan peruntukan RM4 juta terbabit itu juga mampu menguraikan masalah kesesakan lalu lintas dalam kawasan berkenaan walaupun berlaku kekangan sebelum ini.

“Kekangan bagi membangunkan kawasan ini yang dibina sejak enam tahun lalu dan dijadualkan siap pada tahun lepas disebabkan masalah tenaga kerja akibat penularan pandemik COVID-19,”katanya.

 

Views:

751
Kongsi :
Previous post Ibu tunggal tak mengaku tipu insurans lebih RM700,000
Next post Cadangan buka sempadan: Melaka bakal terima impak positif
Ubah saiz-+=