Alunan klasik klarinet curi tumpuan Rumah Terbuka Aidilfitri Taboh Naning

Masa Membaca:2 Minit, 16 Saat

TABOH NANING 4 Mei – Alunan irama klarinet mewarnai Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (Dun) Taboh Naning, yang dihadiri kira-kira 7,000 pengunjung malam tadi.

Kira-kira lima buah dendangan irama lagu klasik dan romantik dimainkan di hadapan tetamu kehormat sekali gus berjaya menarik minat dan perhatian Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning Zulkiflee Mohd Zin berkata, irama klarinet dimainkan pemuzik Azman Samad daripada Briged Seni Melaka membawa kelainan dalam rumah terbuka anjurannya kali ini.

“Alhamdulillah kita lihat tahun ini ada sedikit kelainannya dengan irama muzik dimainkan artis jemputan menerima perhatian khususnya tetamu kehormat termasuk Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Wakil Rakyat serta barisan Exco Kerajaan Negeri yang hadir pada malam ini.

“Saya cukup senang hati sehinggakan Tun Mohd Ali kali ini berada pada majlis saya agak lama hampir dua jam kerana beliau berkata begitu seronok dengan suasana meriah ditambah dengan alunan romantik dan lagu-lagu lama dimainkan pemuzik itu,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu pada majlis diadakan di Japerun Taboh Naning itu, pemuzik berkenaan berjaya menambat hati tetamu kehormat yang mengalunkan hampir lima jenis lagu sepanjang malam itu.

Antara dendangan muzik yang dimainkan adalah lagu Jangan Tinggalkan Daku oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee; Kenangan Mengusik Jiwa oleh Allahyarham A.Ramlie; Sedetik Lebih oleh Anuar Zain serta pelbagai lagi.

3B8CAA54-B42D-4992-8A94-59D593BBC01D
ZULKIFLEE bergambar bersama Tun Mohd Ali sambil diiringi oleh Ab Rauf dan Speaker Dun Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum pada majlis berkenaan.

Mengulas lanjut, Zulkiflee yang juga Timbalan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri berkata,  penganjuran rumah terbuka memasuki tahun kedua sejak menjadi wakil rakyat kawasan itu membawa sedikit kelainan tahun ini.

Katanya, biarpun cuaca hujan namun ia tidak mematahkan semangat penduduk kawasan itu untuk meneruskan amalan kunjung mengunjung sempena perayaan Aidilfitri.

Beliau juga berharap akan memperbaiki segala kekurangan pada malam tersebut dan akan menitipkan kelainan pada sambutan akan datang.

“Cuaca hujan lebat seawal jam 7.30 malam tadi bagaimanapun terkawal setelah berhenti setengah jam kemudian namun tidak mematahkan semangat orang ramai kerana kita menerima lebih kurang 7,000 kehadiran dari pelbagai kaum untuk meraikan Aidilfitri pada malam ini.

“Malah saya difahamkan masyarakat Orang Asli turut hadir memeriahkan, iaitu kira kira dua bas untuk datang pada program kali ini.

“Mengambil contoh tahun lalu kali ini kita menyediakan tujuh menu makanan untuk dihidangkan kepada orang ramai malah bagi melancarkan pergerakan orang ramai pada waktu puncak kita pecahkan tiga kawasan gerai makanan,” katanya .

2F0AF284-CB60-4128-B343-2BA6EF1EAFCB
ANTARA 7,000 pengunjung yang hadir di Rumah Terbuka Aidilfitri Taboh Naning

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1545
Kongsi :
Previous post Siti Bainun dihantar ke Penjara Kajang, mahkamah tolak permohonan tangguh hukuman
Next post Melaka sedia terima kehadiran 1,500 atlet karate Asia
Ubah saiz-+=