Sorting by

×

‘ANAK ISTIMEWA’ TURUT MERIAHKAN LARIAN BUDAYA ANTARABANGSA DUYONGKITA

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

DUYONG 21 Disember – Penyertaan kira-kira 200 anak autisme sempena Larian Budaya Antarabangsa Duyongkita 2025 menjadikan acara itu bukan sekadar penganjuran sukan tetapi simbol sokongan dan kesedaran terhadap kanak-kanak istimewa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, penyertaan anak-anak istimewa ini amat dialu-alukan,  sekali gus memupuk semangat kebersamaan.

“Ini bukan edisi pertama kita menerima penyertaan anak-anak austism, penganjuran sebelum ini juga mereka turut bersama-sama menjayakan Larian Budaya Antarabangsa Duyongkita.

“Untuk tahun ini kita menerima 200 penyertaan untuk anak autism dan 30 peserta cerebral palsy
yang mana anak-anak ini turut sama berlari bersama ibu bapa mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Penutup Larian Budaya Antarabangsa Duyongkita 2025 yang disempurnakan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, hari ini.

Mohd Noor Helmy yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, laluan larian pada edisi kali ini tidak hanya melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong sebaliknya turut diperluaskan ke kawasan lain antaranya Bukit Baru yang membabitkan jarak kira-kira lima kilometer.

“Alhamdulillah, penyertaan kali ini cukup luar biasa bukan sahaja peserta tempatan malah turut menerima 2,000 penyertaan antarabangsa termasuk dari Indonesia.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terbabit termasuk pihak yang tampil menyumbang hadiah cabutan bertuah antaranya basikal, motosikal, pakej umrah dan lembu sado seberat lebih 340 kilogram,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

408
Kongsi :
Previous post MINI KARNIVAL USAHAWAN DESA @ FESTIVAL D’BENDANG PERKASA EKONOMI TEMPATAN
Next post LEBIH 40,000 GEGAR KARNIVAL MASJID TANAH: KAMPUNG KITA