
MESRA: MELAKA PERUNTUK RM150 JUTA SETAHUN BANTU ASNAF
AYER MOLEK 24 Mac – Sejumlah RM150 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri dalam membantu golongan asnaf setiap tahun, kata Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman.
Menurut beliau, jumlah itu diagih hasil daripada kutipan zakat pada setiap tahun, di mana kebanyakannya disalur bagi tujuan kebajikan golongan asnaf, fakir dan miskin.
Jelas beliau, ia secara tidak langsung mencerminkan gagasan Melaka Sayang Rakyat benar-benar memberi manfaat kepada segenap lapisan rakyat di negeri ini.
“Jumlah ini termasuklah ketika Ramadan dan Syawal tahun ini, di mana, sejumlah lebih RM12 juta telah disalurkan.
“Selain itu, setiap bulan juga pelbagai skim bantuan disalur untuk asnaf seperti bantuan untuk pesakit, makanan bulanan, orang kurang upaya (OKU) dan lain-lain lagi,” katanya kepada pemberita pada Program Moreh Bersama YB Rahmad di sebuah warung di Kampung Bukit Lintang, di sini, baru-baru ini.
Rahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Molek berkata, selain asnaf, bantuan zakat untuk turut disalurkan kepada pelajar-pelajar kurang berkemampuan yang menuntut ilmu di dalam dan luar negara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR AYER MOLEK: MBMB BAIK PULIH, ‘HIAS’ KEDIAMAN DUA WARGA EMAS
AYER MOLEK 8 Mei - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menerusi Program Bandaraya Penyayang menyumbangkan sebanyak RM26,000 bagi melaksanakan kerja-kerja...
MELAKA PERKASA PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI
TABOH NANING 8 Mei - Aspek pendidikan dalam kalangan anak-anak masyarakat Orang Asli di Melaka sentiasa diberikan perhatian oleh Kerajaan...
NEK PEAH KONGSI KISAH HIDUP 102 TAHUN
ASAHAN 8 Mei - Meskipun sudah menginjak usia 102 tahun, warga emas tertua di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Peah...
JALAN BAHARU UBAH KEHIDUPAN PENDUDUK
MACHAP JAYA 8 Mei - Pembukaan jalan baharu menghubungkan Tebong ke Hutan Percha memberi impak besar kepada penduduk setempat apabila...
WRUR AYER MOLEK: JASA BEKAS GURU JAIM MASIH JADI SEBUTAN RAMAI
AYER MOLEK 8 Mei - Meskipun sudah bersara jasa bekas guru Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM tetap dikenang, bukan sahaja...
APEL.A UiTM BANDARAYA MELAKA BUKA PELUANG PEKERJA BERPENGALAMAN IKUTI PENGAJIAN MBA
BANDARAYA MELAKA 8 Mei - Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Bandaraya Melaka membuka peluang kepada pekerja berpengalaman untuk menyambung pengajian...
