
ANAK MUDA SUBURKAN ALOR GAJAH DENGAN ALUNAN SELAWAT
REMBIA 27 Disember – Bumi Alor Gajah disuburkan dengan alunan selawat dan qasidah menerusi Majlis Anak Muda Alor Gajah Berselawat, malam tadi.
Majlis ilmu yang diadakan di Dataran Keris itu dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 800 umat Islam pelbagai latar belakang.
Ia turut diserikan dengan kehadiran Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia Datuk Fairul Nizam Roslan serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal Datuk Zahari Abd Kalil.
Malam penuh berkat itu dimulakan dengan alunan selawat yang dipimpin Kumpulan Fahya As Syam.
Seterusnya, majlis disusuli dengan tausiyah menyentuh jiwayang mengajak umat Islam memperkukuh iman dan ukhwah disampaikan Ustaz Au’ni Mohamed.
Fairul Nizam dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ilmu penuh makna di Alor Gajah.
“Semoga majlis sebegini terus subur, menyatukan ummah dan membawa keberkatan buat Alor Gajah serta Negeri Melaka keseluruhannya,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA SAYANG RAKYAT DIRASAI DI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI LENDU
LENDU 30 Mac - Gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang diilhamkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dirasai...
RUMAH TERBUKA DUN TABOH NANING TERJEMAHAN MELAKA SAYANG RAKYAT
TABOH NANING 30 Mac - Bukan sekadar berkumpul untuk meraikan kemeriahan Aidilfitri, sebaliknya penganjuran Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri Dewan...
GULAI KAWAH MENU ISTIMEWA RUMAH TERBUKA ‘ACIK ZUL’
TABOH NANING 29 Mac - Hidangan kari lembu menjadi menu istimewa yang menarik lebih 7,000 pengunjung hadir memeriahkan penganjuran Rumah...
MAYAT LELAKI RENTUNG DITEMUKAN DI LADANG
KULIM 29 Mac - Mayat lelaki ditemukan dalam keadaan rentung bersama-sama sebuah motosikal di Ladang Anak Kulim dekat sini, semalam....
NELAYAN DILAPORKAN HILANG DITEMUKAN LEMAS BERHAMPIRAN TANJUNG RHU
MERSING 29 Mac - Seorang nelayan yang dilaporkan hilang semalam ditemukan lemas di persisiran pantai berhampiran Tanjung Rhu di sini,...
PESARA RUGI LEBIH RM337,000 AKIBAT PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 29 Mac - Seorang pesara kerugian lebih RM337,000 selepas terperdaya pelaburan tidak wujud yang menawarkan pulangan tinggi menerusi Facebook,...
