
Anggota bomba tidak sedarkan diri terperangkap banjir
BATU BERENDAM 20 Okt – Seorang anggota bomba terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dipercayai terperangkap dalam arus deras ketika menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, di sini petang tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika mangsa yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah (Jalan Kubu) sedang memasang tali untuk menyelamatkan mangsa terperangkap banjir di kawasan itu.
Difahamkan, pasukan bomba yang berada di lokasi kejadian mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa di kawasan berkenaan berikutan arus sungai deras.
Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) memberikan bantuan kecemasan awal sebelum mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
Berita lanjut menyusul
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
FESTIVAL D’BENDANG 2025 KEMBALI: HIMPUN 187 USAHAWAN DESA, 42 ACARA SUKAN
AYER KEROH 14 Disember - Lebih 180 usahawan akan berkampung di Kem Benteng Negara, Sungai Rambai, sempena Mini KUD @Festival...
VENA VARIKOS: BUKAN SIMPUL BIASA
Oleh: Dr. Kamalbarathi N.Barathilingam Pakar Bedah Am Oriental Melaka Straits Medical Centre VENA varikos atau lebih dikenali sebagai urat kaki...
REZEKI ANAK, ORANG DUYONG MENANG PROTON S70
AYER KEROH 14 Disember - Sepasang suami isteri tidak menyangka kehadiran mereka ke program RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0...
WRUR DUN BUKIT KATIL PERHALUSI, CARI PENYELESAIAN SETIAP ADUAN RAKYAT
BUKIT KATIL 14 Disember - Sebahagian aduan dan pemasalahan rakyat yang diterima daripada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil...
KONVENSYEN KHAS PENDIDIKAN MELAKA PERKUKUH PERANAN PIBG
AYER KEROH 14 Disember - Konvensyen Khas Pendidikan Negeri Melaka mendapat perhatian Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang melihat...
HIMPUNAN RXZ: JANGAN HANYA LIHAT SUDUT NEGATIF
AYER KEROH 14 Disember - Tindakan sebuah parti politik mengeluarkan kenyataan negatif berhubung penganjuran RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0...

