Sorting by

×

Anggota komando hilang, belum ada petunjuk

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

KOTA LAKSAMANA 8 Februari – Operasi mencari dan menyelamat (SAR), anggota tentera komando Lans Koperal Edrin Baintin, 25, belum menemui sebarang petunjuk.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, operasi pencarian hari kedua SAR yang bermula jam 8.30 pagi tadi terbahagi kepada tida elemen iaitu zon dasar laut, zon permukaan laut dan zon udara.

“SAR hari kedua yang dijalankan bermula pagi tadi membabitkan seramai 110 anggota dan 14 pegawai daripada lima agensi dengan operasi pencarian.

“Kita menggunakan segala kekuatan aset laut dan udara yang bagi mencari mangsa. Keluasan pencarian sudah meliputi keluasan 101.2 batu nautika persegi tetapi gagal menemui sebarang petunjuk.

“Terdapat banyak kemungkinan, termasuk komando terbabit mungkin boleh dihanyutkan sehingga ke perairan negara jiran kerana keadaan arus di dasar laut serta angin yang kuat,” katanya.

Menurut beliau, sekiranya perlu pihaknya akan meminta bantuan dengan pihak berkuasa dan nelayan Indonesia bagi membantu mencari mangsa.

“Operasi SAR akan diteruskan esok, termasuk jika perlu kita akan berhubung dengan pihak berkuasa dan nelayan Indonesia sekiranya betul mangsa hanyut ke perairan negara berkenaan.

“Namun begitu semua ini masih belum dapat dipastikan dan kita akan meneruskan SAR seperti biasa,” katanya.

Mengulas lanjut, Christopher berkata, sepanjang SAR, pasukan penyelamat berdepan dengan beberapa cabaran antaranya keadaan arus yang kuat dan jarak penglihatan yang amat terhad antara dua hingga lima kaki.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4633
Kongsi :
Previous post Kertas putih kes Batu Putih akan dibentang di Parlimen untuk tindakan selanjutnya
Next post Bertani jadi terapi ‘bekas YB’
Ubah saiz-+=