Angkat Kejohanan Golf Piala TYT sebagai acara tahunan

Masa Membaca:1 Minit, 41 Saat

AYER KEROH 10 September – Kejohanan Golf Piala TYT bakal diangkat sebagai acara tahunan bagi membantu merancakkan semula sektor pelancongan sukan di Negeri Melaka.

Pengerusi Pengelola kejohanan yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Zaidi Johari berkata, acara julung kali diadakan hari ini dianggap amat positif dengan membabitkan seramai 120 peserta seluruh negara.

Beliau berkata, sukan golf antara penyumbang terbesar bagi sektor pelancongan Negeri Melaka dan dicadangkan untuk diangkat sebagai acara tahunan bersempena sambutan kelahiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

“Insya-Allah kita akan anjurkan setiap tahun selepas ini, jadi sukan golf di Negeri Melaka akan kembali rancak dan dipertingkatkan semula.

“Kalau boleh kita anjurkan ke peringkat antarabangsa ataupun ASEAN untuk masa akan datang, kerana industri ini meluas melibatkan pemain di seluruh Negeri Melaka dan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menghadiri Kejohanan Golf Piala TYT 2022 diadakan di Ayer Keroh Country Club (AKCC), di sini, hari ini.

Terdahulu, program yang diadakan sejak awal pagi tadi diserikan dengan kehadiran Tun Mohd Ali, bersama tetamu lain.

photo_6118612175569400727_y
YANG di Pertua negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam menyampaikan hadiah kepada Zain Shaari, selepas menjuarai Kejohanan Golf Piala TYT 2022 yang diadakan di Ayer Keroh Country Club (AKCC), Melaka.

Tun Mohd Ali, turut menyempurnakan majlis penutup kejohanan yang dihadiri Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri, Datuk Rahmad Mariman; Penasihat Undang-Undang negeri, Datuk Abdul Aziz Engan; Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Dr. Zulkapli Mohamed dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP), Sa’ari Basiron selain Pengerusi Persatuan Pelancongan Melaka (MTA), Madelina Kuah.

Zaidi berkata, semua kelab golf di negeri ini digalakkan untuk menawarkan dan mempromosikan pakej menarik bagi merancakkan lagi industri sukan itu di Negeri Melaka.

“Perkara ini termasuklah membuka klinik golf bagi anak muda bagi menyemarakkan semula industri pelancongan Melaka dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1898
Kongsi :
Previous post Kedai emas disamun, kerugian dianggarkan lebih setengah juta
Next post Amang seksual fizikal: Penceramah bebas kenal mangsa menerusi program motivasi – Polis
Ubah saiz-+=