Sorting by

×

APM MELAKA SIAP SEDIA HADAPI MTL

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BANDARAYA MELAKA 6 November – Seramai 328 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Melaka, sedia untuk digerakkan bagi membantu operasi jika berlaku sebarang bencana atau kes kecemasan sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL).

Pengarah APM Negeri Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim, berkata semua anggota dan pegawai penyelamat di semua daerah kini berada dalam keadaan bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan khususnya banjir.

“Berdasarkan kekuatan semasa 41 pegawai dan 287 anggota APM Negeri Melaka kini bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang MTL dijangka bermula awal November dan berakhir pada penghujung Mac 2026.

“Kami juga memiliki aset seperti lima buah trak, 12 buah pacuan empat roda (4×4), 34 buah bot dan ambulans sebanyak 14 buah untuk menyokong sebarang operasi ketika bencana atau bertindak balas terhadap kes kecemasan sepanjang MTL,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Media Bersama Melaka Tahun 2025 di sebuah hotel, di Jalan Bunga Raya, semalam.

Menuntut Kamarulsyah, selain bertindak sebagai Seketariat Pengurusan Bencana Peringkat Negeri dan Daerah, APM turut bekerjasama erat dengan agensi lain dalam memastikan operasi menyelamat dilaksanakan dengan lancar.

“Kerjasama antara APM Negeri Melaka dan agensi penyelamat lain amat bagus, hubungan ini memudahkan operasi menyelamat dan pengurusan khusus melibatkan pemindahan serta penempatan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selain agihan bantuan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

465
Kongsi :
Previous post WRUR: MPAG BINA TIGA RUMAH BAHARU, 14 LAGI DIBAIK PULIH
Next post APM LAKSANA LATIHAN BERKALA, HADAPI MTL