
APMM tahan 15 nelayan Vietnam di perairan Terengganu
KUALA TERENGGANU, 23 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu merampas sebuah bot nelayan Vietnam bersama 15 kru termasuk tekong dalam operasi bersepadu Naga Barat dan Kuda Laut, kira-kira 3 petang semalam.
Pengarah Maritim Terengganu Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata bot tersebut ditahan di kedudukan 100 batu nautika Timur Laut dari Kuala Terengganu.
“Kru yang ditahan berumur antara 20 hingga 50 tahun dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
“Hasil rampasan termasuk bot, 700 kilogram hasil tangkapan dan 1,000 liter bekalan diesel dianggarkan bernilai RM1.5 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kesemua kru yang ditahan dibawa ke jeti APMM negeri untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan negara tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/1963 kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.
Muhammad Suffi juga meminta bantuan orang ramai untuk segera melaporkan sebarang kejadian kecemasan kegiatan jenayah di laut secara terus kepada APMM negeri di talian 09-6223657 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RM1 JUTA LONJAK IMEJ MORTEN WALK
KOTA LAKSAMANA 21 Jun - Morten Walk di Kampung Morten, di sini, bakal berubah wajah menjadi sebuah pusat perniagaan lebih...
‘JIKA MELAKA ADALAH POHON, JASIN ADALAH AKARNYA..’
RIM 21 Jun - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang bakal berkampung selama sebulan di Parlimen Jasin bakal merealisasikan...
MELAKA SATU-SATUNYA NEGERI WAKIL RAKYAT TURUN PADANG SETIAP HARI
RIM 21 Jun - Melaka terus membuktikan pentadbiran Kerajaan Negeri benar-benar dekat di hati rakyat menerusi pelbagai usaha dan inisiatif...
WRUR: LEBIH 300 PROGRAM DEKATI 134,000 RAKYAT JASIN
RIM 21 Jun - Lebih 300 program bermanfaat untuk rakyat akan diadakan selama empat minggu Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
PEMBIAYAAN LEBIH RM92 JUTA DILULUSKAN DI MELAKA, 4,300 USAHAWAN DAPAT MANFAAT
KOTA LAKSAMANA 21 Jun - Lebih 4,300 usahawan di Negeri Melaka telah menerima manfaat pembiayaan berjumlah lebih RM92 juta setakat...
HARGA DIESEL BERSUBSIDI RM2.10 SELITER UNTUK RAKYAT MALAYSIA MULAI JULAI – PM ANWAR
BINTULU, 21 Jun - Kerajaan MADANI akan menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat Malaysia kepada RM2.10 seliter mulai Julai 2026,...

