Sorting by

×

ASNAF MAIM DIINGAT KEMAS KINI PEMBAHARUAN PENDAFTARAN

Masa Membaca:55 Saat

AYER KEROH 24 Disember – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengingatkan golongan asnaf di negeri ini supaya mengemaskini pembaharuan pendaftaran bagi mengelakkan nama mereka tercicir daripada senarai penerima bantuan.

Setiausaha MAIM Shaifulfazlee Mohamad berkata, proses kemas kini status oleh ketua keluarga asnaf khususnya amat penting agar MAIM mempunyai maklumat terkini tentang penerima.

“Kemas kini status asnaf amat penting kerana kami mahu pastikan setiap penerima layak menerima sumbangan bantuan yang diberikan.

“Justeru itu, MAIM mengingatkan agar asnaf untuk membuat kemas kini pembaharuan pendaftaran supaya nama mereka berada dalam senarai penerima,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Shaifulfazlee, meskipun MAIM sentiasa menambah baik sistem pengurusan dan penyampaian bantuan, namun kerjasama asnaf untuk mengemaskini pendaftaran amat penting bagi melancarkan agihan sumbangan.

“Selepas program Penyerahan Bantuan Persiapan Persekolahan Jom Ke Sekolah, MAIM akan turun padang menyampaikan sumbangan persediaan Ramadan pula.

“Untuk itu bagi mengelakkan berlakunya kejadian nama tercicir daripada senarai penerima, kemas kini pendaftaran perlu dibuat.

“Walaupun kejadian nama tercicir daripada senarai penerima hanya kes terpencil namun kita mahu mengelakkan ia berlaku sekali gus melancarkan lagi urusan penyampaian bantuan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

418
Kongsi :
Previous post PPSPM HAMPIRI SASARAN SATU JUTA PENGUNJUNG
Next post 1.3 JUTA KENDERAAN DIJANGKA MASUK MELAKA SEMPENA CUTI SEKOLAH DAN KRISMAS