Aura menara jam ‘bangunan merah’

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

BANDA HILIR 3 Disember – Wajah baharu menara jam di Bangunan Stadhuys mendapat reaksi amat positif dalam kalangan pelancong, peniaga dan penduduk negeri ini.

Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati struktur itu seakan kembali ke warna asalnya selepas proses mengecat semula selesai dilakukan oleh kontraktor dilantik Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Pelancong dari Kedah, Muhamad Safwan Mohd Sobri, 45, berkata warna cat yang baharu secara tidak langsung menaikkan lagi seri bangunan bersejarah itu.

Katanya bergambar bersama keluarga di hadapan bangunan itu dianggap sebagai wajib bagi setiap pelawat singgah ke Banda Hilir.

“Sekarang dari jauh sudah nampak menara jam ini kerana warnanya lebih menyerlah dan terang. Saya kira inisiatif mengecat semula menara jam ini, sangat bagus.

“Usaha memulihara bangunan bersejarah seperti ini amat wajar diteruskan, perlu jaga untuk tatapan generasi akan datang,” katanya.

WhatsApp Image 2022-12-02 at 6.17.41 PM
MUHAMAD Safwan Sobri

Sementara itu seorang lagi pelancong Mohd Sahifful Azhar dari Ipoh, Perak menganggap usaha itu sebagai perkara yang perlu dibanggakan.

Mohd Sahifful Azhar berkata, dia membawa keluarga bercuti di Melaka untuk melihat tinggalan sejarah di negeri ini.

“Menara jam ini antara tinggalan sejarah yang masih lagi teguh berdiri. Pada pandangan saya, cat baharu ini memang menarik.

“Saya yakin usaha ini mampu menarik lebih ramai pelancong ke Negeri Melaka selepas ini,” katanya.

Kerja mengecat semula bangunan bersejarah itu dimulakan pada Ogos dan siap sepenuhnya bulan lalu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3368
Kongsi :
Previous post Jemaah menteri perlu elak pembaziran, fokus inisiatif ringankan beban rakyat – PM
Next post Bagai menjamu selera di ‘zaman silam’
Ubah saiz-+=