
Banci 2020 demi kesejahteraan Melaka
AYER KEROH 17 Julai – Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali mengajak seluruh rakyat negeri ini menjayakan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020).
Sulaiman menerusi catatan Facebook rasminya menjelaskan pelaksanaan Banci 2020 melibatkan lebih kurang 32.7 juta penduduk Malaysia dan 932,700 penduduk Melaka.
“Jom bersama-sama kita jayakan Banci 2020 demi kesejahteraan Negeri Melaka. Maklumat dan informasi terkini banci boleh diperoleh melalui portal www.mycensus.gov.my,” katanya.
Tambahnya pelaksanaan Banci 2020 dijalankan dalam dua fasa iaitu Fasa Pertama bermula pada 7 Julai hingga 30 September 2020 secara dalam talian (e-Census) di portal https://ecensus.mycensus.gov.my dan temu ramah melalui panggilan telefon (Computer Assisted Telefon Interview (CATI).
Manakala, fasa kedua pada 7 Oktober hingga 24 Oktober 2020 dengan menggunakan kaedah temu ramah bersemuka.
Banci 2020 merupakan banci keenam yang dilaksanakan sejak penubuhan Malaysia, di mana ia dibuat setiap 10 tahun sekali.
Objektif pelaksanaan banci adalah untuk mengumpul stok dan profil penduduk dan perumahan yang komprehensif dan terperinci sehingga ke peringkat geografi terkecil.
Malah, data banci juga menjadi sumber utama dan penting dalam penyediaan rancangan pembangunan negara.
Views:
Related

Berita Lain
PELANCONGAN MELAKA JANA RM14 BILION
AYER KEROH 19 Januari - Melaka terus membuktikan kejayaannya dalam sektor pelancongan apabila berjaya menggamit lebih 15 juta pelancong dan...
MELAKA SELESAI LEBIH 16,000 ADUAN DALAM SISPAA
AYER KEROH 19 Januari - Melaka berjaya menyelesaikan 92 peratus atau bersamaan 16,039 aduan dalam Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)...
KUTIPAN HASIL MELAKA MENINGKAT RM548.73 JUTA
AYER KEROH 19 Januari - Kutipan hasil Melaka terus meningkat saban tahun, sekali gus menjadi bukti kecekapan pentadbiran Kerajaan Negeri....
‘MELAKA ATAPNYA TAK BOCOR’ – KM
AYER KEROH 19 Januari - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengulangi pendirian menghormati keputusan Datuk Dr. Muhamad...
KDNK MELAKA MENINGKAT 4.4 PERATUS
AYER KEROH 19 Januari - Prestasi ekonomi Negeri Melaka mencatat pertumbuhan memberangsangkan apabila nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat...
MELAKA MELANGKAH GAGAH, LEBIH 200 PENCAPAIAN DILAKAR
AYER KEROH 19 Januari - Melaka berjaya melakar lebih 200 inisiatif dan pencapaian penting dalam tempoh tiga tahun pentadbiran Ketua...

