‘Bangga buat persembahan depan Agong’

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

BANDARAYA MELAKA, 16 Jun – Siapa yang tidak teruja apabila dapat membuat persembahan di hadapan pemimpin tertinggi negara apalagi buat mereka yang baru pertama kali.

Samalah seperti penari cilik daripada Kelab Bimbingan Seni Cemerlang Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN) Melaka, Nur Hijrahyanie Muhamad Fadil, 9 yang berasa bangga dapat membuat persembahan lagu inang di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim itu pada usia sedemikian.

Whatsapp Image 2024 06 15 At 10.05.46 Am

Katanya, ia suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

“Kami berlatih bersungguh-sungguh. Awalnya memang ada rasa takut sikit tetapi lama-kelamaan seronok pula.

“Saya suka sebab saya dapat jumpa (Seri Paduka Baginda). Tengok depan-depan semasa persembahan tadi,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Jamuan Teh di Pengkalan Rama, di sini, pada Jumaat

Whatsapp Image 2024 06 15 At 10.01.29 Am
PENARI Cilik, Addeen Danial Azizur, 9 teruja dapat membuat persembahan di hadapan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim. Foto Aufa ‘Izzati

Bagi penari cilik, Addeen Danial Azizur, 9, dia berasa peluang membuat persembahan di majlis tersebut menyeronokkan kerana dia dapat menimba pengalaman baharu bersama kawan-kawan.

“Kali ini saya rasa meriah sebab saya dapat jumpa Agong, Ketua Menteri dan ramai orang di sini.

“Saya tak takut sangat, cuma hari ini rasa macam lain sikit sebab Agong saksikan persembahan kami,” katanya.

Sementara itu penyanyi Senandung Anak Melaka, Yasser Fikri, dia berasa terharu menjadi sebahagian daripada barisan penghibur pada majlis berkenaan yang mendapat perkenan Seri Paduka Baginda untuk mencemar duli.

“Sepanjang karier saya, ini kali ketiga saya membuat persembahan di hadapan Sultan Ibrahim.

“Rasa rendah diri dan berbangga. Terima kasih Tuanku,” ujarnya.

Terdahulu, Majlis Jamuan Teh, semalam diserikan dengan persembahan kebudayaan daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Melaka, Institut Warisan Melaka (INSWA), Briged Seni Melaka serta pelajar dari beberapa buah sekolah yang diiringi Kombo Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

168
Kongsi :
Previous post Buka minda, tambah pengetahuan mengenai Hang Tuah
Next post Lebih 1.8 juta umat Islam seluruh dunia tunai ibadat haji tahun ini
Ubah saiz-+=