
Banjir: 449 mangsa di Selangor, Johor dan Melaka dipindahkan ke PPS
KUALA LUMPUR, 10 Mac – Seramai 449 mangsa daripada 120 keluarga di Johor, Melaka dan Selangor dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), susulan banjir setakat 8 pagi ini.
Laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pada jam 8 pagi ini, yang dimuat naik di Facebook rasminya, 202 mangsa daripada 54 keluarga dipindahkan ke tiga PPS yang dibuka semalam di Kluang, Johor.
Tiga PPS di Kluang adalah Dewan Kolam Air, Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kenchana dan SK Sungai Linau manakala di Melaka, ia melibatkan daerah Jasin dengan seramai 40 individu daripada 11 keluarga dipindahkan di PPS SK Parit Penghulu, yang dibuka Selasa (8 Mac).
Sementara itu, di Selangor, seramai 207 individu daripada 55 keluarga di daerah Kuala Langat dan Sepang, dipindahkan ke empat PPS yang beroperasi.
Kesemua PPS berkenaan adalah Balai Raya Kampung Orang Asli Bukit Serdang, Balai Raya Kampung Orang Asli Bukit Tadom, Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang dan SK Kota Warisan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA KONSISTEN LAHIRKAN QARI, QARIAH, HAFIZ DAN HAFIZAH BERWIBAWA
PENGKALAN BATU 25 Januari - Majlis Tilawah dan Hafazan Al- Quran (MTHQ) akan terus menjadi program teras Kerajaan Negeri melahirkan...
MELAKA PERKASA AL-QURAN SEBAGAI TERAS PEMBINAAN INSAN
PENGKALAN BATU 25 Januari - Kerajaan Negeri terus komited memperkasa penghayatan Al-Quran sebagai teras pembinaan insan dan kekuatan ummah menerusi...
TYT SEMPURNAKAN PENUTUP TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN MELAKA 1447H/2026
BUKIT PALAH 25 Januari - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam merasmikan Majlis Tilawah dan...
MELAKA BERJAYA TARIK HAMPIR 300 ANAK WATAN SERTAI ASKAR WATANIAH
KLEBANG 24 Januari - Askar Wataniah di Melaka terus diperkukuhkan apabila berjaya menarik seramai 297 anak watan negeri ini pelbagai...
MELAKA HARI INI TERIMA ANUGERAH MEDIA PROAKTIF MPJ
JASIN 24 Januari - Melaka Hari Ini Sdn Bhd menerima Anugerah Media Proaktif Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) di atas usaha...
MELAKA SALUR RM50,000 PERKASA PERANAN ASKAR WATANIAH
KLEBANG 24 Januari - Kerajaan Melaka meluluskan peruntukan berjumlah RM50,000 bagi memperkasa peranan askar wataniah di negeri ini. Setiausaha Kerajaan...
