Banjir di Alor Gajah pulih sepenuhnya

Masa Membaca:55 Saat

AYER KEROH 8 Jan – Situasi banjir di daerah Alor Gajah pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) yang terakhir ditutup hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, PPS terakhir daerah itu iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Belimbing Dalam ditutup pada jam 1 tengah hari tadi.

“Sebelum ini terdapat empat mangsa dari sebuah keluarga masih ditempatkan di PPS berkenaan berikutan banjir di rumah mereka masih belum pulih.

“Namun, kesemua mereka dibenarkan pulang dan kini kesemua PPS di daerah Alor Gajah telah ditutup,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat jam 4 petang tadi, jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di PPS ialah seramai 369 orang, membabitkan 99 keluarga.

Daripada jumlah itu, kesemua mangsa adalah dari daerah Jasin.

“Tiga PPS di Jasin yang masih dibuka adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu, SK Seri Mendapat dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai.

“Ia berikutan masih terdapat empat kawasan terjejas banjir iaitu di Kampung Parit Penghulu Benteng, Kampung Lanchang, Kampung Tersusun Rambai Jaya dan Kampung Parit Putat Benteng,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

621
Kongsi :
Previous post Kes Azam Baki: Kerajaan tidak diam diri, beri ruang siasatan sepenuhnya – PM
Next post Persiapan kembali ke sekolah di Melaka ‘hambar’
Ubah saiz-+=