Banjir: Jumlah mangsa di Melaka menurun malam ini

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 2 Jan – Jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 2,591 malam ini, berbanding 2,621 yang direkodkan petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka juga menurun kepada 22 setakat jam 8 malam.

Katanya, setakat ini sebanyak sembilan PPS dibuka di daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah, dan empat di daerah Jasin.

“Jumlah mangsa tertinggi di PPS pada ketika ini ialah di PPS SK Krubong iaitu seramai 303 mangsa, diikuti PPS SK Batu Berendam 2 (301), PPS SK Gangsa (230) dan PPS SK Taman Merdeka (229),” katanya.

Menurutnya lagi, terdapat 33 kawasan masih terjejas banjir di negeri ini iaitu membabitkan 14 di daerah Alor Gajah, 10 di Jasin dan sembilan di Melaka Tengah.

Kawasan terjejas di Alor Gajah membabitkan Kampung Gadek Dalam, Taman Seri Bayu 1 dan 2, Pengkalan, Kampung Panchor, Kampung Beringin, Kampung Sungai Siput, Lubok China, Kampung Jeram, Kampung Belimbing, Kampung Pulau, Kampung Telok Berembang, Kampung Bukit Balai, Kampung Gangsa dan Taman Angkasa Nuri.

Di Jasin pula, kawasan yang terjejas ialah di Kampung Parit Penghulu, Kampung Lanchang dan Kampung Tersusun Rambai Jaya, Kampung Tasek, Kampung Chinchin, Kampung Sungai Dua Asahan, Chinchin Hulu, Chohong, Chenderah dan Kampung Kumpai.

Manakala di Melaka Tengah membabitkan Kampung Lanjut Manis, Padang Siapong, Kampung Tanah Merah, Taman Merdeka Jaya, Taman Tambhy Chik Karim, Rumah Awam Peringgit dan Kampung Bachang Darat, Balai Panjang dan Bertam Malim.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1259
Kongsi :
Previous post LKIM buka pasar bergerak di lokasi terlibat banjir
Next post Tangguh umrah: Tidak wujud diskriminasi terhadap orang Islam – Menteri
Ubah saiz-+=