
Banjir: Lapan PPS ditutup, mangsa di Melaka semakin berkurangan
AYER KEROH 5 Jan – Seramai 1,117 mangsa banjir di negeri ini masih ditempatkan di 15 pusat pemindahan sementara (PPS).
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding 1,256 mangsa sebelum ini.
“Sehingga tengah hari tadi seramai 1,117 mangsa daripada keluarga masih ditempatkan di 15 PPS di seluruh Melaka.
“Daerah Melaka Tengah merekodkan mangsa paling ramai dengan 566 orang diikuti Jasin, seramai 367 dan Alor Gajah, 184,” katanya.
Menurut beliau, sebanyak lapan PPS juga sudah ditutup selepas mangsa yang ditempatkan di sana dibenarkan pulang ke kediaman mereka.
“Sebanyak 37 kawasan membabitkan masing-masing 14 di Alor Gajah dan Jasin serta sembilan di Melaka Tengah dilaporkan terjejas,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
‘MISTERI’ BANJIR 20 TAHUN SELESAI
KESIDANG 17 Jun – Masalah banjir yang menghantui ribuan penduduk di beberapa kawasan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang selama...
6 INISIATIF UTAMA PERKASA USAHAWAN MELAKA
KESIDANG 17 Jun – Diberi mandat sebagai Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna pada 2023 dimanfaatkan sepenuhnya Allex...
BERANI BERDEPAN ISU PRINSIP YB ALLEX
KESIDANG 17 Jun – Tidak berselindung di sebalik jawatan dan protokol, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang, Allex Seah Shoo...
WRUR TELOK MAS: PBT BUKAN SEKADAR PEMUNGUT CUKAI
TELOK MAS 17 Jun – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak seharusnya dilihat hanya sebagai pemungut cukai, sebaliknya pihak pemudah cara...
WRUR TELOK MAS : ‘TOK AJAK’ MAHU ZIARAH 100 RUMAH
TELOK MAS 17 Jun – Dari rumah ke rumah, suara dan keluhan penduduk akan terus disantuni menerusi Program Ziarah Kasih...
TOKONG 178 TAHUN JADI NADI KOMUNITI CINA TELOK MAS
TELOK MAS 17 Jun – Berusia 178 tahun, Tokong Cheng Wah Keong bukan sahaja kekal sebagai antara rumah ibadat tertua...

