
Bantuan banjir RM200,000 OKU Sentral diagih kepada mangsa
AYER KEROH 15 Jan – Persatuan OKU Sentral menerima sumbangan pelbagai bentuk barangan bernilai RM200,000 untuk disalurkan kepada mangsa banjir.
Presidennya, Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata, sumbangan berbentuk barang keperluan itu akan diagihkan kepada mangsa banjir di Melaka, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.
“Selain bantuan makanan dan beberapa kelengkapan rumah, kita juga membantu mengemas kediaman mangsa dan turun padang membantu mangsa yang terperangkap dalam kejadian banjir,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas program penyampaian sumbangan mangsa banjir daripada Persatuan OKU Sentral dengan kerjasama Usahawan Generasi Muda Berjaya Malaysia (GMB) di Seri Bendahara.
Hadir sama, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan Presiden GMB, Agil Faisal Ahmad Fadzil serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim Datuk Khaidhirah Abu Zahar.
Terdahulu, Sulaiman menerima sumbangan berkenaan untuk diagihkan kepada mangsa banjir di negeri ini.
Agihan sumbangan kepada mangsa banjir yang terlibat di Melaka akan diurus selia Khaidhirah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
JAMBATAN DANG MERDU WATI IKON BAHARU SUNGAI MELAKA
DUYONG 25 Oktober - Jambatan baharu di Sungai Melaka bakal menjadi satu lagi ikon baharu yang bukan sahaja memudahkan orang...
MELAKA ANGKAT SEMANGAT PELANCONGAN BUDAYA
DUYONG 25 Oktober - Meraikan kepelbagaian seni, budaya, selain warisan Selat Melaka menjadi antara keunikan yang dibawa pada Festival Seni...
MENARA TAMING SARI PROMOSI MELAKA LEBIH MELUAS
BANDA HILIR 25 Oktober - Menara Taming Sari memainkan peranan penting dalam mempromosikan Melaka secara lebih meluas melalui kolaborasi dengan...
PELANCONGAN MELAKA ‘TAK RILEKS’ HINGGA HUJUNG TAHUN
DUYONG 25 Oktober - Sektor pelancongan Melaka terus bergemerlapan hingga hujung tahun ini dengan pelbagai acara menarik untuk rakyat dan...
BIJAK SPM 2025 LONJAK KECEMERLANGAN PELAJAR MELAKA
ALOR GAJAH 25 Oktober – Seramai 11,371 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Melaka mendapat manfaat menerusi pelaksanaan Program...
MELAKA PECAH REKOD ONDE-ONDE TERBANYAK, USAHA POPULARKAN KUIH TRADISI
DUYONG 25 Oktober - Melaka berjaya memecahkan rekod baharu negara menerusi penghasilan kuih onde-onde atau Buah Melaka terbanyak. Rekod itu...

