
Bayaran BKP RM500 mulai esok – PM
KUALA LUMPUR, 25 Okt – Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 akan dibayar secara sekali beri (one-off) mulai esok bagi membantu rakyat yang terkesan akibat COVID-19, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata bantuan itu akan memberi manfaat kepada hampir 870,000 individu yang hilang pendapatan pada tahun ini.
“Kesemua bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
BKP diberikan kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam tahun 2021.
Ismail Sabri berkata kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia sentiasa terbela, terutama kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Beliau berharap semoga bantuan berkenaan dan juga bantuan tunai lain yang disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga Malaysia dalam mengharungi tempoh masih mencabar ini.
Semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai esok melalui Portal BKP, iaitu https://bkp.hasil.gov.my dan untuk maklumat lanjut, penerima BKP juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SMA AL-ASYRAF PULAU SEBANG SEKOLAH TERBAIK STAM NEGERI MELAKA 2025
AYER KEROH 6 Februari - Sekolah Menengah Agama (SMA) JAIM Al-Asyraf, Pulau Sebang muncul sebagai sekolah terbaik Sijil Tinggi Agama...
KADAR ZAKAT FITRAH MELAKA DIJANGKA MENINGKAT RM1 UNTUK M40, T20
AYER KEROH 5 Februari - Kadar zakat fitrah Melaka pada Ramadan tahun ini dijangka meningkat selaras dengan keadaan ekonomi semasa,...
BANTUAN RAMADAN, SYAWAL RINGANKAN BEBAN 520 ASNAF DUN KESIDANG
KESIDANG 5 Februari - Seramai 520 asnaf fakir dan miskin di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang menerima sumbangan Bantuan Persediaan...
STAM 2025: 13 CALON MELAKA PEROLEH MUMTAZ, GPN TERBAIK DALAM 5 TAHUN
AYER KEROH 5 Februari - Seramai 13 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2025 di negeri ini memperoleh keputusan membanggakan...
PERHIMPUNAN BULANAN MEDIUM BANTU ORGANISASI TAMBAH BAIK PERKHIDMATAN
BANDARAYA MELAKA 5 Februari - Perhimpunan bulanan berperanan sebagai platform penting dalam menilai pencapaian dan menyelaras hala tuju selain memastikan...
PENJAWAT AWAM JUGA RAKYAT, HEBAT JADI MEDIUM ADUAN MENYELURUH
SERI NEGERI 5 Februari - Penjawat awam antara yang memanfaatkan Penganjuran Program Hari Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bersama Rakyat...
