
Bayaran diskaun saman bagi negeri cuti minggu hujung minggu Jumaat berakhir 29 Dis
KUALA LUMPUR, 16 Dis – Pembayaran diskaun saman bagi negeri yang cuti hujung minggu jatuh pada Jumaat berakhir pada 29 Dis, manakala negeri yang cuti hujung minggu jatuh pada Ahad berakhir 30 Dis ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Mat Kassim Karim berkata pihaknya menyeru orang ramai mengambil peluang tawaran pengurangan kompaun tertinggi ini, agar menyelesaikannya bukan di saat-saat akhir tawaran ini.
Beliau berkata susulan itu, semua kaunter bayaran akan beroperasi sepanjang waktu pejabat iaitu dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang, kecuali cuti hujung minggu dan cuti umum.
“Penetapan waktu beroperasi ini, ekoran cuti hujung minggu yang berbeza antara negeri serta pematuhan tatacara pengurusan terimaan bagi penutupan akaun akhir tahun 2021 oleh Jabatan Akauntan Negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
PDRM sebelum ini mengumumkan tempoh diskaun untuk bayaran kompaun saman trafik yang sepatutnya berakhir pada 12 Dis lepas, dilanjutkan hingga 31 Dis ini. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1,500 ATLET ‘RACECATION’ RANCAKKAN PELANCONGAN SUKAN MELAKA
KOTA LAKSAMANA 8 September - Melaka semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan sukan apabila kira-kira 1,500 peserta dari lebih 45...
‘NAK BERKASIH BIARLAH PADA YANG SAYANG, MEMINTA PADA YANG ADA’ – AB RAUF
AYER LIMAU 8 September - 'Nak berkasih biarlah pada yang sayang, meminta pada yang ada', kata Ketua Menteri Datuk Seri...
‘PUKUL 1 PAGI ADA, 2 PAGI PUN ADA’ – AB RAUF PUJI KOMITMEN HAMEED
AYER LIMAU 8 September - "Masalah rakyat pukul 1.00 pagi dia ada, pukul 2.00 pagi dia ada. Mesyuarat di pejabat...
’19 SEPTEMBER BUAH BARU MASAK, KITA TUNGGU BUAH GUGUR…’
AYER LIMAU 8 September - "19 September buah baru masak, kita tunggu buah gugur..." demikian kiasan Ketua Menteri Melaka Datuk...
WRUR SUDAH JELAJAH 27 DUN, BERAKHIR DI TANJUNG BIDARA
AYER LIMAU 8 September - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) kini memasuki siri ke-27 di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
RM1.06 JUTA BANTU 42 KELUARGA AYER LIMAU NIKMATI KEDIAMAN LEBIH SELESA
AYER LIMAU 8 September - Sebanyak RM1.06 juta diperuntukkan bagi membantu 42 keluarga di Ayer Limau menerusi kerja baik pulih...
