
BAYI 2 BULAN ALAMI PENDARAHAN DI KEPALA DAN KAKI DISYAKI DIDERA
AYER KEROH 7 Mei – Seorang bayi lelaki berusia dua bulan dikejarkan ke Hospital Alor Gajah dalam keadaan tidak sedarkan diri selain mengalami pendarahan di kepala dan kaki disyaki akibat didera.
Pemeriksaan awal terhadap kecederaan mangsa, menimbulkan rasa curiga pegawai perubatan bertugas yang kemudian membuat laporan polis.
Difahamkan, terdahulu dalam kejadian pada Isnin, bayi malang itu dikejarkan ke Hospital Alor Gajah oleh ibunya yang berusia 22 tahun untuk rawatan lanjut selepas mendakwa mangsa mengalami sawan di kediaman mereka di Taman Seri Pelangi, Alor Gajah.
Sementara itu, Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar, mengesahkan pihaknya ada menerima laporan membabitkan kejadian itu.
“Pemeriksaan lanjut dilakukan pegawai perubatan terhadap bayi itu mendapati terdapat kesan baru dan lama dipercayai akibat didera.
“Susulan laporan yang diterima kami menahan ibu dan bapa bayi berkenaan di Hospital Melaka pada jam 6.30 petang semalam (Selasa),” katanya.
Beliau berkata, ibu dan bapa mangsa ditahan bagi membolehkan tindakan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HANYA MELAKA ADA WRUR, MUDAHKAN URUSAN SELESAI MASALAH RAKYAT
KUALA LUMPUR 12 September - Melaka menjadi satu-satunya negeri di Malaysia melaksanakan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bertujuan mempermudahkan...
MELAKA TAK ADA MASALAH ‘ORDER’ LAIN DAPAT LAIN, KITA ADA KAMPUNG DIGITAL
KUALA LUMPUR 12 September - Usaha Kerajaan Negeri mentransformasikan 618 Kampung tradisional kepada Kampung Digital iaitu inisiatif pertama seumpamanya di...
AB RAUF PEMIMPIN YANG BERKHIDMAT, IKHLAS BANTU RAKYAT
KUALA LUMPUR 12 September - Selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, tidak menunggu...
TELOK BEREMBANG JADI ‘PENTAS’ NELAYAN DARAT, 30 PERAHU BERHIAS SEMARAK MERDEKA
AYER LIMAU 12 September - Kreativiti nelayan darat dari beberapa kawasan di utara Melaka mencuri perhatian apabila sebanyak 30 perahu...
110 KEDIAMAN UZUR DIGANTI BAHARU SEPANJANG PENTADBIRAN TOK RAUF
KUALA LUMPUR 12 September - Kerajaan Melaka membina baharu dan membaik pulih kediaman penduduk kurang mampu yang uzur serta daif...
TOK RAUF PUAS DAPAT BAWA DUNIA KE MELAKA
KUALA LUMPUR 12 September - Kejayaan penganjuran pelbagai acara bertaraf dunia di Melaka bukan sahaja membantu mempromosikan negeri ini sebagai...
