
Bayi setahun mangsa termuda meninggal dunia akibat COVID-19
KUALA LUMPUR 6 Okt. – Bayi berusia setahun, yang merupakan antara empat kes kematian yang dilaporkan hari ini, merupakan indvidu termuda meninggal dunia akibat pandemik COVID-19 di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa merupakan bayi perempuan warganegara yang dibawa mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna, Sabah pada 1 Okt lalu.
“Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan memerlukan bantuan pernafasan. Saringan COVID-19 didapati positif pada 5 Okt.
“Kes disahkan meninggal dunia pada hari yang sama jam 4.25 petang,” katanya pada sidang media secara dalam talian menerusi laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Dr. Noor Hisham yang kini menjalani kuarantin kendiri, buat pertama kali mengadakan sidang media secara maya di rumahnya hari ini, bagi memaklumkan perkembangan terkini COVID-19 di negara ini.
Views:
Related


Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
