
Belia Kuala kekal aktif
KUALA LINGGI 30 Mac – Lebih banyak pertandingan sukan dan aktiviti riadah akan dianjurkan bagi memastikan belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi kekal aktif serta terhindar daripada perkara berunsur negatif.
Terbaharu penganjuran Kejohanan Sepak Takraw Tertutup DUN Kuala Linggi 2022 bagi merebut Piala YB Haji Rosli Abdullah dianjurkan di Dewan Datuk Wira Halimah Sadique, Taman Rebana Jernih, pada 27 Mac lalu, mendapat sambutan amat menggalakkan dengan penyertaan lebih 20 pasukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi Rosli Abdullah berkata, pertandingan itu juga menjadi medan untuk mencungkil pemain sepak takraw berbakat bagi mewakili pertandingan di pelbagai peringkat.
“InsyaAllah selepas ini lebih banyak kejohanan akan dianjurkan kerana menjadi matlamat kita agar belia di DUN ini kekal aktif dan sihat,” katanya.
Johan pertandingan milik pasukan Kuala D, naib johan pula Kuala B, sementara itu Kuala C di tempat ketiga manakala Kampung Baru tempat keempat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERTANDINGAN TIKTOK MERIAHKAN RAYA DI MASJID TANAH
AYER LIMAU 25 Mac - Pertandingan TikTok Sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 di Masjid Tanah memberi peluang kepada penduduk setempat...
(KEMASKINI) RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA 2026
BERIKUT disertakan senarai Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Melaka bagi tahun 2026. Ketetapan tarikh, masa dan lokasi bagaimanapun tertakluk kepada perubahan:...
MELAKA ANJUR 17 JUALAN MADANI KOPERASI TAHUN INI
AYER KEROH 24 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Melaka akan menganjurkan 17 siri program Jualan MADANI Koperasi (JMK)...
PURATA SUHU MELAKA CECAH 35 DARJAH CELCIUS, RAKYAT DINASIHAT HAD AKTIVITI LUAR
AYER KEROH 24 Mac – Purata suhu mencecah 35 darjah Celsius di Melaka disifatkan sebagai membimbangkan dan berada pada tahap...
MELAKA SIASAT HANTARAN TULAR PROMOSI LGBT SEMPENA AIDILFITRI
MELAKA, 24 Mac - Kerajaan negeri akan menjalankan siasatan segera berhubung satu hantaran tular di media sosial yang didakwa mempromosikan...
MANTAN MUFTI MELAKA MENINGGAL DUNIA
MELAKA, 24 Mac - Mantan Mufti Melaka, Datuk Rashid Redza Md Salleh meninggal dunia pada usia 76 tahun di kediamannya...
