Sorting by

×

Beri pilihan kepada pengguna untuk guna RFID atau alternatif lain – PM

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

PUTRAJAYA 19 Jan – Berikan pilihan kepada pengguna sama ada mahu menggunakan sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) atau alternatif lain.

Demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata, mesyuarat Kabinet pada hari ini telah membincangkan isu tersebut dan memutuskan rakyat mesti diberi pilihan sama mahu menggunakan RFID atau ‘Touch n’ Go’ serta ‘Smart TAG’.

“Dari segi lorong, jangan semua RFID kalau kita diberi pilihan. Kalau ada 10 lorong, mungkin beberapa lorong RFID Dan selebihnya ‘Touch n’ Go’ dan Smart TAG.

“Kita tak mahu ada tekanan kepada pengguna jalan raya. Berikan mereka kebebasan memilih. Serah kepada pengguna untuk buat pilihan. Kalau mereka rasa RFID mudahkan jalan, mereka boleh tukar,” katanya seperti dipetik Astro Awani.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Jelajah Agrikomoditi Keluarga Malaysia, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Kementerian Kerja Raya telah diarahkan memanggil syarikat konsesi tol terbabit untuk membincangkan perkara tersebut.

“(Kerajaan) akan pastikan pada masa akan datang, kalau melibatkan bayaran, kena rujuk pada Kabinet,” katanya.

Untuk rekod, transaksi tol menggunakan teknologi RFID untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan bermula 15 Jan lalu.

Sistem RFID membolehkan pengguna lebuh raya menikmati perjalanan lebih lancar tanpa perlu berhenti di lorong RFID dengan kelajuan 30 km/j serta membolehkan pengguna melaksanakan transaksi tol tanpa sentuh.

RFID juga menawarkan sekuriti tunai digital dan tambah nilai tanpa tunai melalui penggunaan Touch ‘n Go eWallet, tanpa perlu lagi mengunjungi kaunter tambah nilai.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1802
Kongsi :
Previous post Pelekat RFID rosak: Pengguna boleh dapat gantian secara percuma – PLUS
Next post 56 anggota polis NS dibuang kerja dalam tempoh lima tahun
Ubah saiz-+=