
Berulang-alik hampir 200km demi tugas
ALOR GAJAH 11 Nov. – Seorang jururawat sebuah hospital di Johor Bahru terpaksa berulang-alik sejauh lebih 200 kilometer (km) untuk menjalankan tugas sebagai petugas barisan hadapan menyentuh hati pegawai kanan polis Melaka.
Jururawat berkenaan ditemui ketika pemeriksaan Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Sharul Lalli Masduki yang menjalankan tinjauan di sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Ayer Keroh, petang semalam.
Beliau berkata, ketika pemeriksaan dijalankan terhadap pengguna jalan raya, wanita berkenaan ditemui memandu kereta Proton Saga dan memakai uniform petugas barisan hadapan sambil menunjukkan pas pekerja.
Katanya, ketika ditanya jururawat berkenaan memaklumkan dia berulang-alik dari Melaka ke Johor Bahru untuk bertugas.
“Pada mulanya saya ingatkan jururawat berkenaan mahu pulang ke rumah selepas selesai bertugas, namun tidak sangka dia berulang-alik dari Melaka ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bertugas ketika pemeriksaan dijalankan.
“Pengorbanan itu tidak mudah kerana sanggup berulang-alik demi tanggungjawab kepada orang ramai dan pada masa sama komitmen terhadap keluarga.
“Saya berpesan kepadanya supaya berhati-hati di jalan raya kerana perjalanan agak jauh,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) di sini.
Views:
Related


Berita Lain
‘KITA TIDAK RAIH SIMPATI, TAPI JANGAN KITA DIMAKI..’
ALOR GAJAH 23 Disember - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh meluahkan rasa dukacita terhadap tindakan beberapa pemimpin...
SAMB TAJA 30 KAKITANGAN TUNAI UMRAH
ALOR GAJAH 23 Disember - Kegembiraan jelas terpancar di riak wajah 30 kakitangan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) apabila menerima...
APLIKASI MYSAMB LONJAKAN INOVASI SAMB
ALOR GAJAH 23 Disember - Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) melakukan lonjakan inovasi apabila melancarkan aplikasi MySAMB dalam menyediakan perkhidmatan...
MELAKA BERSELAWAT PENGISIAN ROHANI SAMBUT 2026
BUKIT KATIL 23 Disember – Orang ramai dijemput memeriahkan Melaka Berselawat sempena Ambang Tahun Baharu 2026 pada 27 Disember (Sabtu...
PEMBANGUNAN BAHARU DI BAZAR MELAKA SENTRAL BERMULA 2026
SERI NEGERI 23 Disember - Kawasan Bazar Melaka Sentral akan dibangunkan dengan fasiliti bangunan baharu merangkumi hotel dan 'service apartment'...
SUNGAI RAMBAI MAHU TERUS JADI LOKASI FESTIVAL DESA
SUNGAI RAMBAI 23 Disember - Sungai Rambai terus berhasrat untuk menjadikan Karnival Usahawan Desa (KUD) @Festival D'Bendang sebagai acara tahunan...
