
MPHTJ kenal pasti masalah industri pelancongan
AYER KEROH 11 Nov. – “Apa yang merisaukan saya sekarang apabila pengunjung tiada dan kebanyakkan syarikat atau pengusaha pelancongan terpaksa memberhentikan pekerja,”.
Itu luahan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Shadan Othman susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini.
Menurutnya, pihaknya setiap minggu mengadakan ‘walkabout’ di setiap operator pelancongan sekitar Ayer Keroh bagi mengenalpasti permasalahan dihadapi mereka.
“Sekarang ini bila pengunjung tiada kebanyakan syarikat atau pengusaha pelancongan terpaksa memberhentikan pekerja.
“Ini merisaukan kami kerana secara tidak langsung memberi kesan kepada masyarakat terutama melibatkan pekerjaan,” katanya kepada MHI.
Katanya, dengan wujudnya Jawatankuasa Koridor Ayer Keroh MPHTJ cuba membantu mempromosi serta memudahcarakan permohonan operator pelancongan tersebut.
“MPHTJ bantu dari segi promosi, memudahcarakan apa sahaja kelulusan yang dimohon contohnya, kelulusan lesen, kelulusan pelan bangunan supaya bila pandemik COVID-19 habis mereka boleh ‘encounter’ dengan cepat.
“Memang setiap bulan kita adakan satu mesyuarat jawatankuasa ini untuk berjumpa dengan semua operator yang terlibat,” katanya lagi.
Views:
Related

Berita Lain
WRUR TELOK MAS: 7,000 KAMPIT BERAS PERCUMA MENANTI ORANG RAMAI
TELOK MAS 16 Jun – Sebanyak 7,000 kampit beras percuma akan diagihkan kepada penduduk sempena Majlis Penutup Program Wakil Rakyat...
PERPADUAN JADI WARISAN TELOK MAS
TELOK MAS 16 Jun – Penganjuran Majlis Malam Lestari Warisan sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri...
PELABURAN CIPTA LEBIH BANYAK PEKERJAAN UNTUK ANAK MELAKA
GADEK 15 Jun - Pelaburan masuk ke negeri ini dianggap lebih bermakna apabila anak-anak Melaka mendapat peluang pekerjaan dan membina...
MELAKA CIPTA PELUANG PEKERJAAN BERTARAF TINGGI – AB RAUF
GADEK 15 Jun - Melaka menjadi perhatian rakyat Malaysia, apabila foto pencari kerja berbaris panjang untuk menghadiri sesi temu duga...
PELARIAN ROHINGYA PERLU PATUH UNDANG-UNDANG, HORMATI RAKYAT TEMPATAN – AB RAUF
GADEK 15 Jun - Kerajaan Melaka mengambil pendirian bertegas dan tidak akan berkompromi berhubung isu pelarian Rohingya terutamanya apabila melibatkan...
MELAKA PERKUKUH EKOSISTEM AUTOMOTIF NEGARA
GADEK 15 Jun - Pelaburan baharu yang diterima secara tidak langsung membuktikan bahawa Melaka adalah sebuah negeri yang mempunyai kestabilan,...

