HUJAN BUKAN HALANGAN, UNCLE WONG SETIA TEMANI HELMY BERKEMPEN

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

DUYONG 10 November – Cuaca hujan tidak menghalang warga emas, Vong Fook Hoi atau lebih dikenali sebagai Uncle Wong, 88, untuk terus memberikan sokongan kepada penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.

Malah, Uncle Wong tetap bersama calon Barisan Nasional (BN) nombor dua itu menyantuni peniaga dan pengunjung ketika turun berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 di Pasar Malam Seri Duyong, petang tadi.

Menurutnya, hubungan rapat yang terjalin sepanjang lima tahun lalu membuatkan beliau menghargai keprihatinan Mohd Noor Helmy yang disifatkannya sentiasa mengambil berat dan tidak pernah jemu melayaninya.

“YB Helmy amat baik dan sepanjang lima tahun ini dia tidak jemu melayani saya malah boleh katakan hari-hari saya akan ke rumahnya.

“Cuaca hujan tidak jadi halangan, saya bersama-sama dengannya turun ke pasar malam,” katanya ketika ditemui pemberita di Pasar Malam Seri Duyong, malam tadi.

Uncle Wong turut berharap penduduk Duyong keluar mengundi pada 14 November ini bagi menunaikan tanggungjawab masing-masing serta memberikan peluang kepada Mohd Noor Helmy untuk terus berkhidmat di kawasan itu.

“Saya minta pada 14 November ini, tolonglah panggil semua saudara-mara, kawan dan jiran untuk kita sama-sama keluar mengundi.

“Saya juga sudah pesan kepada kawan-kawan supaya tidak lupa keluar mengundi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

155
Kongsi :
Previous post NELAYAN KUALA LINGGI BAKAL DIBANTU TEROKA AKTIVITI AKUAKULTUR
Next post PRN MELAKA: AB RAUF YAKIN MCA MAMPU RAIH SOKONGAN MASYARAKAT CINA