PRN MELAKA: JENTERA BN KUALA LINGGI SIAP SIAGA HADAPI HARI PENGUNDIAN

Masa Membaca:53 Saat

KUALA LINGGI 10 November – Jentera Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.01 Kuala Linggi berada pada tahap siap siaga menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, Sabtu ini.

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh berkata, hasil tinjauannya mendapati persiapan jentera di DUN itu hampir lengkap dengan ramai anggota sudah bersedia menghadapi hari pengundian pada 14 November.

“Lawatan berkenaan dilakukan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan jentera berada pada tahap yang terbaik dan semua urusan diharap berjalan lancar kerana tidak ada isu besar di DUN ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Lawatan ke DUN Kuala Linggi di Bilik Gerakan DUN Kuala Linggi, di sini, hari ini.

Hadir sama calon BN N.01 DUN Kuala Linggi Datuk Rosli Abdullah.

Ab Rauf berkata, persediaan rapi itu penting bagi memastikan jentera dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing menjelang hari pengundian.

“Justeru saya mengingatkan rakyat Melaka supaya menggunakan peluang pada 14 November ini untuk membuat pilihan terbaik dalam menentukan kepimpinan negeri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

164
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: ZAHID HARAP MOMENTUM UNDI AWAL DIBAWA KE 14 NOVEMBER