Bimbing koperasi masjid untuk aktif berniaga

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 28 April – Pelbagai kemudahan disediakan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagai galakan buat koperasi masjid di negara ini untuk terus aktif dalam aktiviti perniagaan.

Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi dan Kawal Selia) SKM, Siti Azlin Ahmad Dauta berkata, selain itu mengikut rekod semasa hanya empat peratus atau 15,000 daripada keseluruhan masjid di negara ini yang sudah menubuhkan koperasi.

Whatsapp Image 2024 04 26 At 6.39.33 Pm
SITI Azlin.

“Koperasi masjid yang berdaftar seluruh negara dilihat berpotensi dan SKM mempunyai koperasi masjid boleh dijadikan contoh untuk membantu koperasi masjid yang tidak aktif.

“SKM sebagai badan mengawal selia koperasi akan membantu serta memberi galakan kepada koperasi masjid untuk terus aktif seterusnya dapat membantu komuniti Islam,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Gerakan Koperasi 2024 yang dianjurkan SKM dengan kerjasama anggota koperasi negeri di Balairong MITC, di sini.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam; Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Tuminah Kadi @Mohd Hashim; Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah serta kenamaan lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

53
Kongsi :
Previous post Jamuan Mega Raya Duyong konsep santai
Next post Laungan azan subuh jentik hati peluk Islam
Ubah saiz-+=