BN janji peruntukan pada 28 ADUN termasuk pembangkang

Masa Membaca:45 Saat
AYER KEROH 10 Nov – Barisan Nasional (BN) berjanji untuk menyediakan peruntukan kepada semua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk ADUN bukan kerajaan sebagai langkah memastikan kemakmuran kepada seluruh rakyat Negeri Melaka tanpa mengira latar belakang politik.
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kematangan politik dimanifestasikan menerusi cadangan meminda Perlembagaan Negeri bagi tujuan melantik lima ADUN tambahan termasuk dari kalangan belia dan badan bukan kerajaan (NGO).
Katanya, ia bertujuan untuk membuka ruang dan perspektif persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di luar ruang lingkup politik semata-mata.
“Ini menunjukkan ketersediaan dan keberanian pentadbiran kerajaan negeri yang bakal diwujudkan kelak untuk mendengar suara semua pihak.
“BN mesti kena menang 2/3 daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan. Barulah kita boleh meminda perlembagaan ini dan laksanakannya,” katanya ketika melancarkan Manifesto Barisal Nasional: Kestabilan Demi Kemakmuran di Taman Botanikal di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

565
Kongsi :
Previous post BN mahu lonjak ekonomi baharu di Melaka
Next post BN mahu wujudkan DUN Belia Melaka
Ubah saiz-+=