Sorting by

×

BN Melaka dapat markah 8/10 kesediaan hadapi PRU-15

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

AYER KEROH 21 Ogos – Kesiapsiagaan Barisan Nasional (BN) Melaka kini berada pada tahap yang cukup baik untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menurutnya, melihat kepada gerak kerja yang telah dijalankan jentera parti pelbagai peringkat, beliau memberikan markah lapan per 10 kepada negeri yang diketuai Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

“Saya nampak jelas persiapan di Melaka amat baik. Mungkin disebabkan Melaka tidak sampai setahun menjalani Pilihan Raya Negeri, maka mereka masih mempunyai jentera yang mantap dan masih bekerja untuk menghadapi PRU-15.

“Di negeri-negeri lain juga tahap persiapan mereka bagus, cuma ada negeri perlu memperkemas jentera mereka khususnya membabitkan pengundi baharu yang didaftarkan secara automatik, selain menjalankan kajian sikap secara bersama di setiap cawangan.

“Apapun, setakat hari ini tiada lagi negeri yang prestasinya berada di bawah lima markah dan itu menandakan semuanya sudah siap sedia cuma perlu memperkasakan lagi mana-mana aspek tertentu yang dirasakan perlu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan bersama Jentera Pilihanraya Barisan Nasional Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

photo1661062342
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan (tiga dari kanan) menerima cenderamata daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (tiga dari kiri) pada Majlis Perjumpaan Jentera Pilihanraya Barisan Nasional Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh. Foto: MR. AZLI

Hadir sama, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan; Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan lain-lain kenamaan.

Sementara itu, dalam ucapannya kepada jentera, Mohamad meminta agar BN Melaka memenangi lima kerusi Parlimen supaya supaya dapat membantu parti itu menawan semula Putrajaya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1610
Kongsi :
Previous post Bayi perempuan masih bernyawa ditemukan atas sofa depan kedai makan
Next post Bapa, teman wanita ditahan dera anak OKU
Ubah saiz-+=