BN pilih bersaing secara sihat – Rauf

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

KUALA LUMPUR 6 Nov – Barisan Nasional (BN) memilih untuk bersaing secara sihat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Katanya, walaupun berdepan saingan cukup hebat, pihaknya tetap mengamalkan keterbukaan dalam sistem demokrasi bagi membolehkan rakyat menilai parti mana yang lebih berwibawa untuk mentadbir negeri ini.

“Sebagaimana diumumkan dan diputuskan oleh BN Pusat untuk diberikan watikah bagi pelantikan mewakili parti dalam PRU (Pilihan Raya Umum) negeri Melaka, jadi saya melihat setelah diumumkan lebih 86 peratus adalah merupakan calon baharu.

“Jadi, menjurus kepada itu, kita akan pergi kepada penamaan calon yang kita lihat kedudukan parti kita di kawasan tersebut, parti-parti lain yang akan menyaingi BN.

“Sikap keterbukaan kita dalam sistem demokrasi Malaysia, kita mengalu-alukan pertandingan yang sihat dan supaya kita dapat melihat rakyat akan memberikan mandat kepada parti yang lebih berwibawa untuk menerajui kerajaan negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui Melaka Hari Ini (MHI) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ab Rauf berkata pengalaman kerajaan Melaka bertukar kerajaan perlu dijadikan pengajaran dalam membentuk kestabilan politik di negeri ini.

“Pengalaman yang lepas mengajar kita supaya kita memerlukan satu kestabilan politik untuk membawa kemakmuran, jadi kalau kita lihat ketidakstabilan politik ini (menyebabkan) rakyat tidak boleh hidup aman dan tidak ada kemakmuran yang boleh didapati.

“Tema kita Kestabilan Demi Kemakmuran itu adalah untuk memastikan kita mendapat kerajaan yang mantap dan dalam pentadbiran yg memberikan kemakmuran kepada rakyat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

593
Kongsi :
Previous post Nor Azman bertanding Pantai Kundor atas tiket PH
Next post MKN nafi sempadan Melaka ditutup 15 hari
Ubah saiz-+=