
Bot tenggelam di Jeti Umbai perkara normal – ADUN Serkam
SERKAM 20 Jun. – Beberapa bot di jeti Umbai yang tenggelam akibat hujan lebat tular di media sosial adalah perkara biasa, setiap kali cuaca itu melanda kawasan terbabit.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Zaidi Atan berkata, setakat ini tiada laporan diterima pihaknya berhubung perkara terbabit, malah ia perkara biasa dihadapi nelayan tiap kali hujan melanda.
Ujarnya, kawasan berkenaan yang tidak berbumbung disebabkan ia terletak di kawasan muara dan tidak bersesuaian dengan penstrukturan jeti berbumbung di kawasan itu.
“Perkara ini terjadi berkemungkinaan tali yang menambat perahu, mahupun bot oleh nelayan tidak diikat terlalu rapi menyebabkan pergerakan bot terganggu,
“Malah, mungkin bot yang tenggelam tidak dipasang mesin penyedut air automatik atau nelayan tidak sempat bagi menimba air yang bertakung di dalam perahunya.
“Ini perkara biasa dan kami tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara tersebut,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.
Views:
Related

Berita Lain
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
DEMI RAKYAT, IMRAN REDAH HUJAN BERBAJU RAYA JAGA PINTU AIR
BANDA HILIR 28 September - Sambutan Aidilfitri bersama keluarga terpaksa diketepikan apabila pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Imran...
DRVM: MESIN PINTAR MBMB UBAH BAHAN BUANGAN JADI SUMBER PENDAPATAN
AYER KEROH 28 September - Bahan buangan yang selama ini dianggap tidak bernilai kini boleh ditukar kepada sumber pendapatan sampingan...

