
MPHTJ turun padang bantu mangsa banjir kilat
AYER KEROH 20 Jun – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menunjukkan keprihatinan terhadap masalah banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan di negeri ini, susulan hujan lebat yang berlarutan sejak awal pagi tadi.
Yang Dipertua MPHTJ, Shadan Othman berkata, pihaknya telah menerima beberapa laporan berhubung kawasan yang dinaiki air dan telah bertindak menghantar anggota di kawasan terjejas untuk menghulurkan bantuan.
“Berikutan hujan lebat yang turun dari malam tadi, anggota MPHTJ telah digerakkan dan ditugaskan di lapangan untuk memantau kawasan. Hasilnya dapat dilihat pada hari ini di mana Unit Tindakan Pantas telah menyelesaikan dua isu berkaitan pokok tumbang iaitu di Taman Kerjasama, Bukit Beruang dan di sekitar Kampung Teluk, Bukit Katil.
“Selain itu MPHTJ juga telah turun padang ke dua lokasi hari ini iaitu Taman Merak Mas, Bukit Katil dan Taman Melaka Baru Fasa 3, Batu Berendam bagi membantu membersihkan rumah-rumah yang terjejas teruk akibat banjir kilat,” katanya dalam satu kenyataan.
Shadan berkata, orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat kepada MPHTJ, sekiranya terdapat isu dan masalah melalui saluran rasmi MPHTJ di talian 06-2323773 atau laman sesawang www.mphtj.gov.my
Views:
Related

Berita Lain
SENTUHAN KASIH MBMB UNTUK PENDUDUK DUYONG
DUYONG 15 Julai - Dua penduduk di Kampung Semabok dan Bukit Duyong tidak menyangka kepayahan hidup yang dialami mendapat perhatian...
WRUR DUYONG PASTIKAN TIADA YANG TERCICIR
DUYONG 15 Julai - Seramai 50 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong yang kurang bernasib baik disantuni pada Program Ziarah...
131 ANAK AUTISME MELAKA LAYAK TERIMA SUBSIDI YURAN PEMBELAJARAN
DUYONG 15 Julai - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka menyerdiakan peruntukan berjumlah RM65,000 sebagai bantuan Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak...
DUA PUNCA PENCEMARAN SUNGAI AIR BATU DIKENAL PASTI, PELAN TINDAKAN HOLISTIK DIAMBIL
PAYA RUMPUT 15 Julai - Dua punca utama telah dikenal pasti berkait dengan isu pencemaran Sungai Air Batu dan Sungai...
SATU NEGERI, SATU TABIKA KEMAS AUTISME TAHUN DEPAN
PAYA RUMPUT 15 Julai - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyasarkan satu tabika khas untuk kanak-kanak autisme di bawah...
WRUR DUYONG UKIR SENYUMAN ANAK-ANAK RUMAH KASIH
DUYONG 15 Julai - Seramai 20 anak-anak Rumah Kasih Tun Abdul Aziz (RKTAA) Durian Daun, di sini, diraikan bersempena sambutan...