Sorting by

×

BUSANA UNIK KELUARGA NUR SYUHADAH TARIK PERHATIAN TOK RAUF

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

LENDU 21 Disember – Busana etnik Iban digayakan Nur Syuhadah Abdullah, diumumkan sebagai pemenang utama pakaian menarik yang dipilih sendiri oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Larian Etnik Budaya dianjurkan bersempena Karnival Masjid Tanah: Kampung Kita.

Rezeki turut menyebelahi anaknya Muhammad Adam Mohd Syafiq dan kakak sepupu Nur Syafiq ah Md Ayob yang juga terpilih sebagai pemenang hadiah pakaian menarik.

Pada program berlangsung di Taman Rekreasi Bukit Beringin, di sini, pagi tadi Nur Syuhadah bersama lima ahli keluarga turut diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga bagi kategori Keluarga Sporting.

Img 20251221 wa0013
NUR Syuhadah bersama Ahli keluarga yang mengambil bahagian pada Larian Etnik Budaya dianjurkan bersempena Karnival Masjid Tanah: Kampung Kita.

Dia berasal dari Dewan Undangan Negeri Lendu berharap Karnival Masjid Tanah: Kampung Kita diteruskan lagi pada tahun hadapan kerana penganjurannya memberikan banyak manfaat kepada rakyat.

“Sudah pasti gembira kerana kami sekeluarga menang besar, tetapi faedah lebih besar adalah untuk orang Masjid Tanah, tarikh penganjuran karnival juga kena dengan musim cuti sekolah.

“Paling utama adalah karnival ini menyatukan semua penduduk dalam Parlimen Masjid Tanah,” katanya ketika ditemui di tapak karnival, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

286
Kongsi :
Previous post MASJID TANAH: KAMPUNG KITA JADI ACARA TAHUNAN
Next post MASJID TANAH: KAMPUNG KITA 2026 BERSKALA LEBIH BESAR