BUSANA UNIK TARUHAN MPHTJ PERTAHAN KEJUARAAN PERBARISAN

Masa Membaca:52 Saat

KLEBANG 29 Ogos – Penampilan unik menerusi busana dan elemen hiasan berbeza menjadi taruhan kontinjen Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi mempertahankan kejuaraan perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Melaka, 31 Ogos ini.

Yang Dipertua MPHTJ Datuk Sapiah Haron berkata, persiapan kontinjen seramai 63 anggota itu berada pada tahap terbaik selepas menjalani latihan secara konsisten bagi memastikan persembahan mereka lebih terserlah pada hari sambutan.

“Alhamdulillah, kontinjen kita telah bersedia untuk menyertai program kemerdekaan ini. Insya-Allah, kita cuba untuk menang lagi tahun ini seperti tahun lepas kita menjadi johan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sapiah berkata, latihan giat diadakan setiap hari menjelang sambutan berkenaan, selepas sebelum ini dilaksanakan secara berkala antara dua hingga tiga hari sekali.

“Selain latihan, kita kena pastikan ada kelainan dan daripada segi busana, Insya-Allah orang akan nampak sesuatu yang berbeza daripada kontinjen MPHTJ.

“Daripada segi persediaan fizikal pula, saya sentiasa menasihatkan mereka supaya menjaga kesihatan dan minum air secukupnya kerana kita tahu keadaan cuaca sekarang agak panas,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

359
Kongsi :
Previous post PRODUK, WARISAN MELAKA ‘MENYERLAH’ DI KUALA LUMPUR