Sorting by

×

Cadang banduan pra bebas usaha tanah terbiar di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

BANDA HILIR 31 Mac – Kerajaan negeri menyarankan supaya tanah terbiar di negeri ini diusahakan oleh banduan pra bebas bagi memastikan mereka mempunyai pekerjaan dan pendapatan selepas bebas sepenuhnya.

EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata ia bagi memastikan kerajaan negeri tidak hanya bergantung kepada pekerja asing khususnya dalam sektor pertanian.

“Kita melihat bahawa kebanyakan daripada kita ini bergantung kepada pekerja asing, jadi bila pekerja asing ini balik negara asal mereka, kita akan masalah.

“Jadi mana-mana banduan yang nak dibebaskan (pra bebas) ini boleh kita serapkan dalam sektor pertanian…di Melaka ada banyak tanah sawah dan tanah terbiar jadi kita boleh latih dia (banduan), dia boleh duduk bekerja di situ sebelum dibebaskan secara penuh.

“Ini juga memberikan peluang pekerjaan kepada mereka jadi ini kita lihat, kita perlu bagi peluang kedua kepada Merak, bila kita tak bagi mereka peluang kedua kepada mereka mereka akan stang semula ke sini dan masuk sini kos akan meningkat.

“Di Merlimau juga ada satu kilang perabot telah bersetuju untuk menerima bandua pra bebas ini untuk bekerja, ini respon sangat positif mereka ini akan dikawal oleh pegawai penjara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pameran Metamoforsis Di Sebalik Tembok di Muzium Penjara di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Penjara Melaka, Roslan Mohamed.

Antara tarikan yang terdapat pada Pameran Metamorfosis Di Sebalik Tembok di Muzium Penjara, Bandar Hilir. Foto Iqmal Haqim Rosman

Ujarnya, di Melaka setakat ini 40 peratus banduan pra bebas telahpun bekerja dan menetap di industri pekerjaan yang diberikan.

“Daripada jumlah itu kira-kira 200 banduan pra bebas telah diberikan peluang kedua untuk bekerja, mereka ini sudah ada gaji tetap dan mustahil untuk kembali semula ke tempat ini (penjara),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1072
Kongsi :
Previous post Penyanyi nasyid didakwa tanam 17 pokok ganja, edar dadah
Next post Malaysia sasar capai 31 peratus tenaga baharu menjelang 2025
Ubah saiz-+=