
Cadang kuih bakar diangkat sebagai kuih rasmi Melaka
GADEK 25 Julai – Makanan tradisional kuih bakar dicadang diangkat sebagai kuih tradisional rasmi Melaka untuk mengelakkan makanan tradisi itu dilupakan.
Justeru, Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali berkata, kerajaan negeri berhasrat melaksanakan usaha tersebut dengan memperkenalkannya sebagai hidangan dalam jamuan di setiap program rasmi Melaka.
Ujarnya, perkara itu seharusnya dilaksanakan sebagai sebuah inisiatif bagi memberi peluang kepada setiap usahawan Bumiputera negeri ini menjana pendapatan.
“Kalau kerajaan tak mulakan dengan memperkenalkan kuih bakar ini, saya rasa ia mungkin
akan pupus suatu hari nanti.
“Jadi kita akan cuba bantu mengekalkannya dan kerajaan negeri akan memberi peluang kepada usahawan di Melaka bagi memperkenalkan produk-produk desa di dalam pasaran,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Lawatan Kerja Ketua Menteri di DUN Gadek, di sini tengah hari tadi.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar negeri Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan
Views:
Related


Berita Lain
WTE: SISTEM PENGURUSAN SISA PEPEJAL MELAKA SETARAF NEGARA MAJU
SUNGAI UDANG 2 April - Masalah kapasiti sampah di Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang bakal diatasi apabila Loji Waste To...
AGENDA MELAKA LESTARI, BERDAYA TAHAN FOKUS UTAMA KERAJAAN NEGERI
SUNGAI UDANG 2 April - Kerajaan Melaka sentiasa meletakkan pembangunan mampan sebagai teras utama dalam mencorakkan masa depan negeri ini,...
SISA BUANGAN JADI SUMBER TENAGA BERNILAI
SUNGAI UDANG 2 April - Pembinaan Loji Waste-to-Energy (WtE) Sungai Udang menjadikan sistem pengurusan pepejal di Melaka lebih sistematik, mewujudkan...
‘HADIAH’ MASJID BAHARU UNTUK PENDUDUK TAMAN DESA BERTAM
SUNGAI UDANG 2 April - Penduduk Taman Desa Bertam bakal menerima masjid baharu hasil sumbangan daripada Malakoff Corporation Berhad. Berita...
LOJI WTE SUNGAI UDANG BEROPERASI 2029
SUNGAI UDANG 2 April - Melaka melakar satu lagi pencapaian menerusi pembinaan Loji Waste-to-Energy (WtE) Sungai Udang yang akan menjadi...
SUKAN ORANG ASLI ANTARA 115 PROGRAM MENARIK WRUR DUN ASAHAN
BANDARAYA MELAKA 2 April - Penganjuran Sukan Orang Asli Peringkat Negeri Melaka antara 115 program yang disusun sempena program Wakil...
