Perlu persetujuan pemilik tanah atasi banjir di Gadek

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

GADEK 25 Julai – Kerajaan negeri sedang memuktamadkan perjanjian dan perolehan kebenaran terhadap 39 lot tanah milik persendirian bagi menyelesaikan masalah banjir yang menjadi punca utama di Gadek

Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali berkata, pengambilan tanah bagi melebarkan sungai dalam kawasan lot terbabit perlu dilaksanakan, sekiranya menerima persetujuan melalui tandatangan pemilik lot berkenaan.

Jelasnya, kira kira-kira dua kilometer anak sungai di dalam 39 lot tersebut tidak digazetkan kepada kawasan sungai kerana ia terletak dalam kawasan tanah persendirian tanah persendirian dan menjadi puncak kepada masalah banjir yang berlarutan.

“InsyaAllah, kerajaan negeri akan cuba sedaya upaya menyelesaikan perkara ini dan kita akan kaji semula dana sedia ada.

“Jika kita tak boleh laksanakan, saya sendiri akan ajukan perkara ini kepada Kerajaaan Pusat untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di kawasan Gadek, “katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini (MHI) pada Program Lawatan Kerja Ketua Menteri di Gadek , hari ini.

Tambahnya, kawasan berkenaan akan dinaiki air sekiranya taburan hujan meningkat sebanyak 65 milimeter (ml) dalam tempoh sejam.

“Malah, kawasan ini juga dikenali sebagai kawasan tadahan (water catchment) yang menjadi punca kepada banjir, perbincangan mengenai beberapa cadangan telah diadakan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi mengenal pasti jalan penyelesaian krisis ini, “katanya

Views:

292
Kongsi :
Previous post Cadang kuih bakar diangkat sebagai kuih rasmi Melaka
Next post Krisis kesihatan Covid-19 perlu respons pelbagai aspek
Ubah saiz-+=