
Calon PN DUN Tioman meninggal dunia
KUALA LUMPUR, 19 Nov – Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman Md Yunus Ramli meninggal dunia kira-kira 3.30 pagi ini di Hospital Rompin, Pahang.
Perkara itu disahkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Rohimi Wan Daud kepada Bernama.
Md Yunus, 61, daripada PAS yang sebelum ini pernah bertanding di kerusi sama pada PRU14 merupakan Ketua PAS Cawangan Sungai Puteri dan Pengarah 2 Jawatankuasa Pilihan Raya Kecil DUN Tioman.
Beliau juga merupakan bekas Timbalan Presiden Bola Sepak Daerah Rompin.
Hari ini adalah hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bagi PRU15, DUN Tioman menyaksikan pertembungan lima penjuru antara Md Yunus, Sulaiman Bakar (Bebas), Osman A. Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (Pakatan Harapan) dan Datuk Seri Mohd Johari Hussain (Barisan Nasional).
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
17 SEKELUARGA NIKMATI PESONA SUNGAI MELAKA WAKTU MALAM
BANDARAYA MELAKA 2 November - Program Melaka Bila Larut Malam edisi November memberi kenangan manis kepada 17 sekeluarga selepas berpeluang...
WRUR: PERKASA SEKTOR PELANCONGAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 2 November - Pemandangan sawah padi yang menarik dan aliran sungai berhampiran dianggap sebagai pakej lengkap bagi perancangan...
WRUR: TERIMA KASIH TAPEM
DURIAN TUNGGAL 2 November - Seramai 60 anak jati Melaka sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal menerima bantuan daripada...
WRUR: TERIMA KASIH KETUA MENTERI HARGAI KAMI
DURIAN TUNGGAL 2 November - "Meskipun cuma berjabat tangan dan disapa oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,...
WRUR: TAHAN SEBAK DENGAR KELUHAN RAKYAT
DURIAN TUNGGAL 2 November - Pemberian kit makanan mengandungi bahan keperluan asas dapur, sedikit sebanyak menceriakan individu hadir berurusan di...
WRUR: BUKAN SEKADAR DENGAR ADUAN RAKYAT, TETAPI MEDIUM PERKUKUH PERPADUAN
DURIAN TUNGGAL 2 November - Hari Aduan Rakyat Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian...

