Ceongsam batik auntie Siew laku di luar negara

Masa Membaca:1 Minit, 51 Saat

BANDA HILIR 21 Januari – Kesungguhan mahu mempelbagaikan pilihan agar sentiasa segar di mata pembeli, mencetuskan ilham buat Soh Siew Leng, untuk menghasilkan cheongsam yang diolah dengan sentuhan corak batik.

Berkecimpung dalam dunia jahitan ceongsam sejak 25 tahun Siew Leng kini berusia 65 tahun tidak cepat selesa dan terus berkarya menerusi fesyen meskipun rekaannya kini mendapat sambutan amat menggalakkan di luar negara.

Katanya, ceongsam corak batik jahitan tangan mula diperkenalkan tahun lalu kini mendapat sambutan yang menggalakkan lebih lagi dalam kalangan wanita masyarakat Tionghua yang ketika ini sudah mula sibuk melakukan persiapan menyambut Tahun Baharu Cina.

Wanita mesra dengan panggilan Auntie Siew ini memberitahu, selain mengekalkan warisan masyarakat Cina sentuhan motif batik pada ceongsam dihasilkan turut melambangkan kepelbagaian kaum di Malaysia yang hidup dalam suasana muhibah, aman dan harmoni.

Photo 6152245068031965147 Y
SIEW Leng tekun menyiapkan Ceongsam yang bermotifkan batik. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Sudah lama saya mengilhamkan ceongsam bercorak batik ini sebab kita mahu menonjolkan lambang perpaduan Malaysia, selain itu menggunakan corak batik akan menaikkan lagi seri si pemakai selain tampak lebih langsing.

“Cheongsam ini dibuat secara ‘hand made’ (jahitan tangan) oleh saya sendiri, proses menyiapkan sepasang pakaian tradisional ini mengambil masa seminggu. Bukan apa kena teliti kerana ada bahagian yang rumit untuk disiapkan seperti menenun butang selain memastikan corak batik sama pada setiap tulang jahitan.

“Tahun lalu lebih kurang 50 pasang ceongsam batik terjual dan kali ini saya menggandakan jumlah itu, saya cuba menyiapkan sebanyak mungkin sebab mahu jahit cheongsam ini bukannya mudah, selain itu saya menjalankan perniagaan ini seorang diri sahaja,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurutnya, perniagaan beroperasi di Jalan Jonker, turut menawarkan busana lain seperti kebaya nyonya, Sut Tang (pakaian tradisi lelaki) serta pelbagai lagi.

Photo 6152245068031965152 Y

Ujarnya, karya yang dihasilkannya itu bukan sahaja menerima permintaan anak tempatan malah dibeli pelancong pelbagai negara antaranya, Australia dan New Zealand selain pelanggan dari Shanghai serta Beijing, China.

“Ceongsam atau nama lain adalah ‘Qipao’ bukan sahaja dibeli oleh orang Cina tetapi ramai kaum lain untuk digayakan pada musim perayaan atau ketika menghadiri acara tertentu.

“Selain ceongsam bercorak batik yang berharga lebih kurang RM200 sepasang saya turut menjahit pelbagai jenis cheongsam menggunakan kain kapas dan sutera,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

886
Kongsi :
Previous post 40,000 meriahkan Melaka Munajat
Next post Pahit berganti manis buat peniaga Uptown Pahlawan Walk
Ubah saiz-+=