
COVID-19: 1,240 kes baharu direkodkan, tertinggi setakat ini
PUTRAJAYA 26 Okt. – Tidak sampai 72 jam, Malaysia sekali lagi mencatatkan empat digit kes baharu COVID-19 dengan 1,240 kes, jumlah kes harian tertinggi yang direkodkan setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan kes terkumpul positif COVID-19 di Malaysia berjumlah 27,805 kes dengan kes aktif sebanyak 9,744 kes.
Beliau berkata daripada kes baharu itu juga, Sabah kekal merekodkan jumlah kes tertinggi dengan sebanyak 927 kes atau 74.8 peratus dari jumlah kes seluruh negara.
“Jumlah kes di Sabah melonjak semula berikutan kes positif di Penjara Kepayan iaitu 439 kes, ini berikutan lebih banyak pengesanan kes secara aktif dijalankan di negeri Sabah.
“Selain itu, mobilisasi petugas kesihatan telah banyak membantu usaha saringan di lapangan dan juga rawatan perubatan,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan COVID-19 di sini hari ini.
Views:
Related


Berita Lain
3 TAHUN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI: ‘BIAR RAKYAT MENILAI’
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberi ruang kepada rakyat untuk menilai sendiri...
KAMPUNG DIGITAL : 80 PERATUS PENDUDUK KAMPUNG PERIGI HANG TUAH ADA QR
DUYONG 31 Mac – Inisiatif Kampung Digital diperkenalkan Kerajaan Negeri terus menunjukkan perkembangan positif apabila kira-kira 80 peratus penduduk Kampung...
WRUR PERKASA GAGASAN MELAKA SAYANG RAKYAT
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang dicetuskan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
KEJAYAAN ATAU KELEMAHAN BENTUK PERSEPSI RAKYAT – KM
SERI NEGERI 30 Mac - Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka kini memasuki fasa pelaksanaan, yang menuntut hasil nyata daripada setiap perancangan...
AGENSI, ANAK SYARIKAT MELAKA DISERU PERBANYAK INISIATIF CSR
SERI NEGERI 30 Mac – Kesemua agensi kerajaan, anak syarikat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini dituntut untuk...
DERITA ADIK UWAIS DAPAT PERHATIAN MAIM, YB DUYONG
DUYONG 30 Mac - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Mungkin itulah perumpaan paling tepat menggambarkan derita yang ditanggung...
