
COVID-19: 3 kes di Melaka tidak libatkan mana-mana kluster
AYER KEROH 24 Okt. – Tiga kes baharu positif COVID-19 yang dicatatkan di Melaka, hari ini tidak melibatkan kluster-kluster sedia ada.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Datuk Rahmad Mariman, dua daripada kes tersebut merupakan saringan kontak rapat sebelum ini, manakala satu lagi merupakan saringan individu bergejala.
“Tiada melibatkan kluster yang ada di Melaka, termasuklah Kluster Umboo di Depoh Tahanan Imigresen Machap Umboo.
“Dua daripada kes merupakan saringan kontak rapat kes sebelum ini, dan satu lagi adalah saringan individu bergejala yang baru pulang dari negeri Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.
Mengikut data yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, dua kes hari ini datangnya dari mukim Paya Rumput membabitkan individu berusia 20 dan 25 tahun yang merupakan kontak rapat kes sebelum ini.
Manakala, satu lagi kes datangnya dari mukim Ayer Molek membabitkan individu berusia 33 tahun yang mempunyai sejarah kerja di kawasan zon merah.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA RAI WIRA NEGARA SEMPENA 20 FEBRUARI
TELOK MAS 20 Februari – Kerajaan Negeri menghargai 100 jasa pesara tentera dan polis bersempena Hari Memperingati Tarikh Pengisytiharan Kemerdekaan...
20 FEBRUARI 1956: SIMBOL KESEPADUAN RAKYAT BINA NEGARA BANGSA
BANDA HILIR 20 Februari - Pengorbanan serta kesukaran yang ditempuhi pemimpin terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan, meskipun tanpa pertumpahan darah, perlu...
DEWAN HANG TUAH BERWAJAH BAHARU, LOKASI IDEAL PELBAGAI MAJLIS
KOTA LAKSAMANA 20 Februari - Terletak di tengah bandar Melaka, berdirinya sebuah dewan yang menjadi lokasi ideal untuk pelbagai acara...
PENDUDUK BERSYUKUR DILEMA BANJIR 25 TAHUN BAKAL SELESAI
PAYA RUMPUT 20 Februari - Masalah banjir yang diwarisi sejak 25 tahun lalu di Taman Rambai Utama dan Taman Rambai...
WISMA MELAKA ‘NADI’ KEBAJIKAN MAHASISWA DI MESIR
AYER KEROH 20 Februari – Kebajikan 118 anak Melaka yang menimba ilmu di Mesir diberi perhatian Kerajaan Negeri menerusi perasmian...
SEJATI MADANI BANTU 4 USAHAWAN TANAH MERAH BERKEMBANG
PAYA RUMPUT 20 Februari – Empat usahawan di Kampung Tanah Merah menerima manfaat menerusi Geran Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi...

