
COVID-19: Bukan kilang ayam, tapi telur.
SERKAM 27 Jun – Kluster Industri Serkam 2 yang diumumkan semalam bukan dari kilang ayam yang pernah mencetuskan kluster terbesar Melaka dengan keseluruhan 1,438 kes pada Februari lalu.
Sebaliknya, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah berkata, kluster baharu itu dikesan di sebuah kilang telur milik syarikat sama, namun di lokasi berbeza.
“Tidak (bukan kilang ayam). Tetapi ia memang dari syarikat yang sama seperti sebelum ini.
“Cuma kali ini ia membabitkan kilang telur di lokasi berlainan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Rahmad berkata, sehingga semalam seramai 122 kontak rapat dikesan dan daripada jumlah itu 40 disahkan positif COVID-19, majoriti membabitkan pekerja asing.
“Seramai 32 bukan warganegara dan lapan warganegara termasuk ahli keluarga telah dikesan positif setakat ini.
“Daripada jumlah yang disaring, 53 telah dikesan negatif dan 30 lagi masih menunggu keputusan,” katanya lagi.
Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan Kluster Industri Serkam 2 yang mula dikesan membabitkan sebuah kilang di Industri Serkam, Jasin.
Kes indeks bagi kluster berkenaan merupakan seorang pekerja warga asing berusia 34 tahun yang dilaporkan positif pada 23 Jun lalu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KERAJAAN KEKALKAN BANTUAN BUDI DIESEL RM300 SEBULAN UNTUK APRIL – MOF
KUALA LUMPUR 31 Mac - Kerajaan mengekalkan bantuan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) pada kadar RM300 sebulan untuk April ini...
PERATUSAN CALON SPM MELAKA LAYAK TERIMA SIJIL MENINGKAT
ALOR GAJAH 31 Mac – Pencapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bagi Negeri Melaka menunjukkan peningkatan membanggakan apabila 97.07...
KAMPUNG DIGITAL MUDAHKAN URUSAN, PENDUDUK DUYONG PUJI USAHA KERAJAAN NEGERI
DUYONG 28 Mac – Pelaksanaan Kampung Digital di Perkampungan Hang Tuah disifatkan sebagai langkah tepat dalam memudahkan urusan harian penduduk....
PELANCONGAN MELAKA TAWAN DUNIA
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Melaka kini menjadi tumpuan dunia apabila negeri ini dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran pelbagai...
MASA DEPAN MELAKA SEMAKIN BAIK
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Masa depan Melaka kini semakin baik apabila nilai pelaburan masuk ke negeri ini terus meningkat,...
390 CALON SPM MELAKA RAIH SEMUA A
ALOR GAJAH 31 Mac – Seramai 390 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Melaka berjaya memperoleh keputusan cemerlang semua A,...
