
COVID-19: Kes baharu menurun kepada 21,072
KUALA LUMPUR, 13 Feb – Kes baharu COVID-19 dalam negara menurun sedikit hari ini kepada 21,072 kes berbanding 22,802 semalam, selepas tujuh hari berturut-turut mencatatkan peningkatan.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Twitter berkata kumulatif kes kini bertambah kepada 3,040,235.
Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 99.59 peratus atau 20,986 kes berada dalam kategori satu dan dua, manakala 0.41 peratus atau 86 kes adalah bagi kategori tiga, empat dan lima.
Beliau berkata kadar kebolehjangkitan COVID-19 (Rt) pula mencatatkan 1.49 semalam dengan Labuan mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu 2.14, diikuti Sarawak (1.67), Sabah (1.66), Perlis (1.47) dan Pulau Pinang (1.46).- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TAWAR PINJAMAN DEPOSIT 10 PERATUS BELI RUMAH
SERI NEGERI 8 Disember – Rakyat negeri ini yang berhasrat memiliki rumah sendiri bakal mendapat manfaat daripada skim pinjaman pendahuluan...
BAJET NEGERI MELAKA 2026 MENYELURUH, MANFAAT BESAR UNTUK RAKYAT – MBMB
BUKIT KATIL 8 Disember - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menyambut baik Bajet Negeri Melaka 2026 yang dibentangkan Ketua Menteri...
ENAM INFRASTRUKTUR KESIHATAN DI MELAKA
SERI NEGERI 8 Disember - Infrastruktur Kesihatan negeri terus diperkukuh apabila Kerajaan Persekutuan telah meluluskan enam projek pembangunan utama melibatkan...
BAJET NEGERI MELAKA 2026: KEPERLUAN RAKYAT DITERJEMAH DALAM BENTUK TINDAKAN – RAIS
BUKIT KATIL 8 Disember - Kerajaan Negeri komited menterjemah keperluan rakyat menerusi Bajet Negeri Melaka 2026 yang dibentangkan Ketua Menteri...
KERAJAAN NEGERI SERIUS TANGANI JANGKITAN VIRUS INFLUENZA
SERI NEGERI 8 Disember - Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka sentiasa mengambil pendirian serius dan proaktif dalam...
MELAKA PERLUAS PEMBERIAN VAKSINASI UNTUK KUMPULAN RENTAN
SERI NEGERI 8 Disember - Kerajaan Negeri bercadang memperluaskan pelaksanaan program vaksinasi influenza bagi kumpulan rentan seperti kanak-kanak dan warga...
