
COVID-19: Tular pesanan ringkas tidak benar

AYER KEROH, 11 Ogos – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka hari ini menjelaskan pesanan ringkas menerusi aplikasi whatsapp berkaitan dengan ke COVID-19 di Melaka yang tular baru-baru ini adalah tidak benar.
Pengarah Kesihatan Negeri Melaka Dr Ismail Ali menerusi kenyataan medianya sebentar tadi menegaskan kes positif COVID-19 dari Melaka pada 10 Ogos 2020 disahkan bukan dari kluster PUI Sivagangga.
“Punca jangkitan sebenar masih di dalam siasatan. Semua ahli keluarga dan kontak rapat telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan telah diarahkan untuk menjalani perintah kuarantin di rumah,” katanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat atau berita yang tidak sahih.
Untuk maklumat sahih atau sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Crisis Preparedness and Response Center (CPRC) Melaka di talian 06-2356999/6851 atau melalui emel [email protected].
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA HARI INI BOLOT 8 ANUGERAH MEDIA KETUA MENTERI 2025
BANDA HILIR 14 Disember - Melaka Hari Ini Sdn Bhd membuktikan reputasinya sebagai antara agensi berita terbaik Negeri Melaka apabila...
FESTIVAL D’BENDANG 2025 KEMBALI: HIMPUN 187 USAHAWAN DESA, 42 ACARA SUKAN
AYER KEROH 14 Disember - Lebih 180 usahawan akan berkampung di Kem Benteng Negara, Sungai Rambai, sempena Mini KUD @Festival...
VENA VARIKOS: BUKAN SIMPUL BIASA
Oleh: Dr. Kamalbarathi N.Barathilingam Pakar Bedah Am Oriental Melaka Straits Medical Centre VENA varikos atau lebih dikenali sebagai urat kaki...
REZEKI ANAK, ORANG DUYONG MENANG PROTON S70
AYER KEROH 14 Disember - Sepasang suami isteri tidak menyangka kehadiran mereka ke program RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0...
WRUR DUN BUKIT KATIL PERHALUSI, CARI PENYELESAIAN SETIAP ADUAN RAKYAT
BUKIT KATIL 14 Disember - Sebahagian aduan dan pemasalahan rakyat yang diterima daripada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil...
KONVENSYEN KHAS PENDIDIKAN MELAKA PERKUKUH PERANAN PIBG
AYER KEROH 14 Disember - Konvensyen Khas Pendidikan Negeri Melaka mendapat perhatian Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang melihat...
