
COVID: Lebih 2.7 juta populasi remaja negara lengkap vaksinasi
KUALA LUMPUR, 16 Jan – Sebanyak 2,773,263 individu atau 88.1 peratus daripada populasi remaja di negara ini telah lengkap menerima vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 2,861,246 individu atau 90.9 peratus daripada kumpulan yang berusia 12 hingga 17 tahun itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi dewasa, sejumlah 22,902,459 individu atau 97.8 peratus daripada mereka telah melengkapkan vaksinasi manakala 23,182,938 individu atau 99 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Dalam pada itu, 167,955 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 985 dos pertama, 897 suntikan dos lengkap dan 166,073 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 60,729,670 dos.
Jumlah kumulatif pemberian dos penggalak pula kini sebanyak 9,212,282 dos.
Sementara itu, menurut portal Github KKM, 19 kes kematian direkodkan semalam.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TAMAN ANJUNG GAPAM KAWASAN PERUMAHAN SELESA, HARMONI – PENDUDUK
BEMBAN 22 Jun - Kawasan kediaman sempurna bukan sekadar dinilai kepada keharmonian penduduk semata-mata, sebaliknya turut menjurus kepada keperluan komuniti...
LEBIH 80 PROGRAM UNTUK ORANG RIM SEMPENA WRUR
RIM 22 Jun - Lebih 80 program melibatkan pelbagai lapisan masyarakat dilaksanakan sepanjang seminggu berlangsungnya program Wakil Rakyat Untuk Rakyat...
RM1 JUTA LONJAK IMEJ MORTEN WALK
KOTA LAKSAMANA 21 Jun - Morten Walk di Kampung Morten, di sini, bakal berubah wajah menjadi sebuah pusat perniagaan lebih...
‘JIKA MELAKA ADALAH POHON, JASIN ADALAH AKARNYA..’
RIM 21 Jun - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang bakal berkampung selama sebulan di Parlimen Jasin bakal merealisasikan...
MELAKA SATU-SATUNYA NEGERI WAKIL RAKYAT TURUN PADANG SETIAP HARI
RIM 21 Jun - Melaka terus membuktikan pentadbiran Kerajaan Negeri benar-benar dekat di hati rakyat menerusi pelbagai usaha dan inisiatif...
WRUR: LEBIH 300 PROGRAM DEKATI 134,000 RAKYAT JASIN
RIM 21 Jun - Lebih 300 program bermanfaat untuk rakyat akan diadakan selama empat minggu Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
