‘Cuba-cuba’ nasib, 300 cawan air habis terjual sehari

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

PENGKALAN BALAK 1 Feb – Berikhtiar mencuba nasib dalam perniagaan akhirnya membuahkan hasil buat Fida Rahim, 32, apabila 300 cawan air balang digerainya berjaya dijual hari ini.

Fida bersyukur selepas lokasi Pantai Padang Kemunting menjadi tempatnya mencari rezeki pada musim cuti perayaan Tahun Baharu Cina membawa pulangan lumayan

Jelasnya, atas ikhitiar mencari rezeki dia menyewa sebuah tapak gerai di kawasan itu sejak Jumaat lalu dan teruja selepas menerima sambutan menggalakkan daripada pelanggan meskipun sekadar menjual air balang.

“Alhamdulillah, ini rezeki anak saya, sejak pagi tadi sampai jam 4 petang ini sudah 10 plastik ais dibeli, sampai tak boleh kira sudah berapa kali bancuh air dalam balang ini, memang tak sangka inilah rezeki Allah turunkan pada saya.

“Sebelah pagi lebih 100 cawan telah terjual dan mungkin hari ini meningkat kira-kira 300 cawan kerana sambutannya lebih tinggi berbanding kelmarin,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurutnya, dia mencuba nasib di tempat baru selepas Gerai Air Coklat Float dibuka di depan sebuah bank di Masjid tanah sejak setahun lalu kurang mendapat sambutan.

“Kalau di sana waktu hari biasa nak dapat RM100 sehari pun susah, syukur diberikan peluang berniaga. Selepas ini saya merancang akan buka gerai di Pengkalan Balak setiap hujung minggu,” katanya.

Tinjauan mendapati pusat peranginan itu dikunjungi ribuan pelancong, keadaan itu membuka peluang kepada peniaga kecil menambah pendapatan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1362
Kongsi :
Previous post COVID: Kes baharu kembali lepasi angka 5,000 – KP Kesihatan
Next post Mat Yo rekrut terbaharu Melaka United
Ubah saiz-+=