Sorting by

×

Cucur Udang Baha ikon makanan Alor Gajah

Masa Membaca:1 Minit, 52 Saat

ALOR GAJAH 11 Januari – Bermula dengan menumpang gerai orang, cucur Udang Baha kini menjadi ikon makanan bagi daerah Alor Gajah.

Malah lebih membanggakan apabila peniagaan keluarga itu masih bertahan hingga ke hari ini dan masih menjadi sebutan orang ramai meskipun selepas 50 tahun.

Cucur udang Baha atau juga dikenali dengan panggilan cucur udang Alor Gajah umpama menu wajib dijawah khusus bagi pelancong luar yang meluangkan masa bercuti di negeri ini.

Kedai yang kini bertapak di Medan Selera Menggong, Alor Gajah sebelum ini hanya menumpang di sebuah gerai terletak di pekan Masjid Tanah oleh pengasasnya Baharudin Mohd Tahir, 72, demi meneruskan kehidupan selepas merantau ke negeri orang.

Kini perniagaan itu diruskan Azerol Baharudin, 44, iaitu anak ketiga Baharudin daripada tujuh adik-beradik.

Azerol berkata, tekstur cucur udang lembuh dan pencicah yang kena dengan selera orang ramai menjadi rahsia perniagaan keluarganya itu terus bertahan hingga ke hari ini.

“Dalam perniagaan ini kami melalui pelbagai tempoh ‘uji-menguji’ citarasa atau tempoh penyelidikan dan pembangunan (R&D) demi memastikan makanan yang dijual ini menepati kehendak pelanggan yang datang.

“Alhamdulillah, rezeki yang diberikan hingga hari ini menggalakkan selepas jatuh dan bangkit semula. Sekarang kami mengeluarkan produk sos sendiri untuk diedarkan ke kedai runcit sekitar Alor Gajah,” katanya.

2AFEABA1-42C4-4D28-96BE-A9EEB9249E10
Cucur Udang Baha atau dikenali sebagai Cucur Udang Alor Gajah di Medan Selera Menggong, Alor Gajah. Foto Iqmal Haqim Rosman

Menurutnya selepas mewarisi perniagaan itu daripada bapanya dia yang dibantu adiknya kini mengembangkan saya dengan membuka cawangan baharu di Tampin.

Katanya setiap hari pada kebiasaannya dia menggunakan hampir 100 kilogram (kg) tepung gandum untuk menghasilkan 3,000 ketul cucur udang.

“Jika waktu musim cuti termasuk perayaan permintaan ini akan meningkat sehingga memerlukan lebih kurang 180 kg sehari bagi memenuhi permintaan pelanggan. Kami beroperasi dari jam 11 pagi hingga 7 petang.

“Alhamdulillah, kami berharap agar perniagaan ini mampu dikembangkan pada masa akan datang,” katanya.

Ends//

Pix 1. AZEROL menunjukkan cucur udang Baha atau juga dikenali sebagai cucur udang Alor Gajah di Medan Selera Menggong, Alor Gajah. Foto Iqmal Haqim Rosman

Pix 2. Cucur udang Baha atau juga dikenali sebagai cucur udang Alor Gajah di Medan Selera Menggong, Alor Gajah. Foto Iqmal Haqim Rosman

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

15412
Kongsi :
Previous post ‘Sambal Ketat’ Mak Iza pembuka selera
Next post Lapan cedera dalam kemalangan sembilan kenderaan
Ubah saiz-+=